Assalamualaikum.
Beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit, almaklumlah anak perempuan saya baru menimang cahayamata. Kembar lelaki pula tu! Syukur Alhamdulillah 😀
Walaupun begitu, dalam kesibukan hari ini, saya berkesempatan luangkan masa untuk kongsi resipi. Sebenarnya masak lemak kuning ini, saya masak pada beberapa hari yang lepas.
Berbeza dengan kebiasaannya, kali ini, saya masukkan beberapa biji buah keras dan daun limau purut. Saya dapati 2 bahan ini mampu mempengaruhi rasa kuah. Sedap lauk lemak kuning ini lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan sambal dan ulam. Makan nasi bertambah-tambah, hehe…

Selamat mencuba..
image

2 ekor ikan kembung dipotong dua setiap seekor
3/4 cawan air
1/2 cawan santan kotak jenama kara
5 biji cili padi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji buah keras
2 batang (kecil) serai dipotong dua setiap batang
3 helai daun limau purut, urat dibuang dan daun dihiris nipis
Garam secukup rasa

Cara:
1) Tumbuk cili padi, serbuk kunyit dan buah keras sehingga lumat
2) Panaskan air, masukkan bahan tumbuk, ikan dan serai. Kacau rata dan didihkan sehingga ikan masak.
3) Masukkan santan, daun limau purut dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih.

Advertisements

10 thoughts on “Masak Lemak Kuning

  1. Assalam Alaykum wa rahmatullah wa barakatahu !

    Im really greateful n obliged to get your likes on my weblog.

    I am amazed to know your reading speed.
    masha Allah !

    Thanks alot kasih …terima kasih

    Imran

    Gratitude & Regards

  2. Tahniah dapat ahli keluarga baru… 2 orang lagi tu…. syukur! Bertambah umat Muhammad s.a.w. Moga sihat ibu dan anakanaknya.
    Tadi…. baru saja santap nasi dengan masak lemak kuning, samalah kita… he hehe saya guna ikan tuna.

    1. Terima kasih Amie. Alhamdulillah dengan kehadiran cucus bertambah meriah keluarga kami. 🙂
      Syukur anak dan cucu sihat walafiat
      citarasa kita sama, hihihi…

  3. Tahniah dapat cucus, tapi neneknya masih nampak muda lagi dan jelita…tkasih atas resepi2 yg ringkas tetapi dgn idea yg baru, mampu membuatnya lain dari yg lain…syabas kpd Kasih, semoga terus berjaya, InsyaAllah…

  4. Terima kasih. Waaa…terasa suka lah pula dengan pujian tu, hehehe..
    semoga resipi2 yang terdapat dlm blog ini dapat memenuhi citarasa Zainab dan pengujung2 yang lain. InshaaAllah.
    Thanks again Sis..
    May Allah bless you always!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s