Malam ini saya ingin berkongsi resipi masakan cendawan…
Terdapat pelbagai jenis cendawan tetapi cendawan eryngii adalah yang paling saya suka dan yang selalu saya masak. Cendawan ini sedap dibuat masak lemak atau dibuat kerabu, namun yang lebih saya suka adalah jika digoreng.
Jadi untuk hidangan makan malam, saya goreng cendawan eryngii dan saya masukkan rosemary kering supaya memberi sedikit kelainan rasa pada masakan ini.

Selamat mencuba 😀
image

Bahan-bahan:
5 pokok cendawan eryngii dibelah dua dan hiris sederhana nipis
4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
1 1/2 biji buah tomato dihiris nipis
7 tangkai cili kering dihiris, buang biji (kalau suka pedas, masukkan sedikit cili padi)
1/2 sudu teh rosemary kering
1/4 sudu teh serbuk ikan bilis
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Garam

Cara:

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang kekuningan
2) Masukkan tomato dan goreng sekejap
3) Masukkan rosemary kering, serbuk ikan bilis dan lada hitam. Kacau sehingga tomato hancur
4) Masukkan sos tiram dan kacau rata.
5) Akhir sekali masuk cendawan eryngii dan garam secukup rasa. Kacau sehingga masak.

6 thoughts on “Cendawan Eryngii & Rosemary

  1. Saya cukup suka makan cendawan! Tapi the after effect yang tak tahan.. Berangin satu badan dan kembung 😦 Kalau letak lada hitam atau halia pun tak jalan. Nasib saya Aunty huhuhu

  2. Assalamualaikum Puan Kasih. Alhamdulillah dan Tahniah sebab dapat cucu kembar yg sgt comel. Kirim salam sayang pada Dr. Za… 🙂 happy for your family.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s