Biji Aprikot dan Royal Jelly

Payah bagi diri saya nak makan biji aprikot kerana pahitnya sukar dijelaskan. Nak habiskan 8-10 biji aprikot bukan mudah setiap hari untuk pencegahan dari kanser. InsyaAllah.

image

Biji aprikot

image

Saya kisar biji aprikot

image

Masuk royal jelly

image

Kacau bagi rata

Dah rasa. Mana nak sangka taste so good! Besok bila dah sebati, bagaimana rasa agaknya. Beberapa hari yang lepas saya kisar habbatussaudah dan campur dengan royal jelly juga. Mula2 dulu ada rasa pahit tapi dah tak ada  sekarang. Royal jelly juga berperanan sebagai pengawet. Kalau kita kisar biji aprikot dan simpan begitu, ia akan ‘oxidised’ menyebabkan khasiat akan berkurangan atau musnah.

Bacaan lanjut:

Biji Aprikot dan Kanser

Masakan Ayam Lemon.

Inilah resepi ibu saya yang paling mudah dan simple. Saya sekeluarga sangat suka dengan masakan ini.

Bahannya cuma ayam, lemon atau limau nipis, cili padi dan garam secukupnya. Itu saja!

Rebus ayam ( paras air cukup untuk menutupi ayam ) sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 30 minit. Kemudian padamkan api, baru masuk jus lemon, garam dan cili.

image

Saya masukkan jus 3/4 biji lemon  (terpulang, kalau suka lebih masam bolehlah tambah lagi jus lemon). Masukkan cili padi yang dipotong kasar.

Bila anak minta saya masakkan ayam lemon, hooray! jimat tenaga saya didapur….. terutama di bulan ramadhan. Makan di waktu sahur sangat menyelerakan bagi kami sekeluarga.

Peria Katak ( Bitter Gourd ).

Peria katak adalah sejenis sayuran yang sangat pahit. Jusnya sangat baik bagi penghidap kencing manis. Boleh mengurangkan kadar gula didalam darah.

image

image

Bahan-bahan:

3 biji peria katak (besar) dihiris sederhana nipis
1 sudu besar rempah kari ikan (saya guna jenama adabi)
Garam secukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara:
1) Gaul rata semua bahan dan perap selama 20 minit
2) Panaskan minyak dan goreng peria katak sehingga garing

Peria goreng ini sedap dimakan bersama nasi dan sesuai dihidangkan dengan masakan kari atau kurma.