Keinsafan memberi sinar hidup.

Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun begitu pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

Kita di tuntut segera beristighfar setiap kali melakukan kesilapan atau terlupa melakukan perkara yang dilarang. Banyak beristighfar membuat jiwa yang gundah-gulana merasa tenteram, hati yang sempit terasa lapang, fikiran yang serabut terasa tenang dan beban yang berat terasa ringan.

Allah berfirman yang bermaksud:
Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang (Surah An-Nisa’ ayat 106)

Semoga kedamaian yang abadi milik kita…

Durian, buah kegemaran ku.

Semalam saya tiba2 rasa teringin sangat nak makan durian. Suami dan anak lelaki keluar ke pasar malam, beli 2 biji buah yang besar.

Kalau nak beli durian, mesti kena pastikan tidak ada tebuk kehitaman walaupun kecil…. yang dibeli semalam memang terdapat.. Suami saya enggan menerima tetapi penjual durian ni terlalu yakin yang buah duriannya elok. Oleh kerana tiada gerai lain menjual,  suami saya pun beli jugak lah. Dalam benaknya, durian ni tak mungkin elok..

Memang sah durian tak elok langsung. Biasanya kami biarkan je, tidak sampai hati nak tukar yang lain tapi kali ni tidak, sebab dah beritahu pada penjual durian tu yang buahnya tu dah rosak walaupun tebuk kehitaman kecil saja. Dia tetap berkeras juga, yang buah duriannya elok. Nah….terdiam dia. Dapat le tukar dua biji buah durian tu tapi satu tak elok jugak. Buat keputusan jadikan tempoyak. Hmm mahal jugak tempoyak ni.

image
( Nampak sungguh menarik durian ni.)

image
( Bakal menjadi tempoyak. Mak mertua pesan bila nak buat tempoyak kena masukkan sedikit garam.)

Tidak disangka2 teman baik saya telepon minta saya bukakan gate rumah. Masa tu saya baru lepas makan durian. Subhanallah, dia bagi buah durian. Mertua dia baru tiba dari kampung dan dia sememangnya tahu saya ni suka sangat makan durian. Buah durian mertuanya sangat bagus dan sedap pulak tu.

Alhamdulillah. Inilah dikatakan rezeki datang bergolek. Bila Allah tentukan kita sesuatu yang baik walaupun pada awalnya kita mendapat yang tidak, yang baik tetap milik kita jua…

Jangan sia-siakan masa.

Kita tidak akan mampu menolak masa. Ia terus berjalan tanpa henti. Masa yang berlalu tidak akan dapat diundur kembali, sesungguhnya masa itu amat berharga bagi kehidupan.

Firman Allah dalam surah al- Asr ayat 1-3
Maksudnya:

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Oleh sebab pentingnya masa, Nabi s.a.w. bersabda,
Maksudnya:

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; Mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum papamu, hidupmu sebelum matimu, masa lapang sebelum kamu sibuk.
( Riwayat al- Hakim )