Khasiat Teh.

Terdapat berbagai jenis teh didunia ini. Teh hijau sangat popular di negara jepun dan dipercayai mengandungi banyak khasiat. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati orang yang kerap minum teh hijau setiap hari dapat mencegah diri mereka dari penyakit kanser, meningkatkan kesihatan jantung dan hati, merangsang pencernaan, mencegah kencing manis dan arthritis. Ia juga meningkatkan sistem imun. Satu kajian di jepun mendapati bahawa ekstrak teh hijau dapat mengurangkan paras kolesterol LDL.

Teh kegemaran saya ialah teh oolong  dan teh hijau.

image

Teh oolong. Harga boleh tahan juga! rasa, ada ummp..

image

Teh oolong. Satu dicampur dengan sari pati kulit buah manggis. Rasa boleh dikategorikan kurang best.

image

Teh puer. Tak ramai yang suka. Rasa luar biasa sikit. Bagi saya ok

image

Teh puer. Teh ni dah lama beli. Lebih berkualiti dan rasa yang unik, boleh dikatakan sedap le tu.

image

Teh hijau. Kegemaran saya.

image
Mug ni suami beli semasa dia ke Jepun.

image
Yang ni anak lelaki saya beli di Guanzhou, China.

Ketika saya di guilin, china baru2 ni saya beli teh oolong yang di campur dengan sari pati kulit buah manggis yang didakwa mengandungi kadar antioksidan yang tinggi. Rasa teh ni tak le sedap sangat tapi dah beli, terpaksa lah minum, tak nak membazir. Saya juga beli teh puer. Teh ni tiada tarikh luput sebab lagi lama disimpan lagi mahal  harganya. Teh puer baik untuk usus. Walaubagaimanapun teh puer perlu dijaga dengan baik, kalau tidak ia akan rosak juga. Saya,  suami dan anak lelaki gemar minum teh oolong dan teh hijau terutama bila lepas mengambil makanan berminyak.

image

Semua teh yang di sebut diatas dikatakan dapat menurun berat badan. Entah lah, hingga kini saya belum berjaya 🙂 Yang pasti saya rasa puas bila minum teh2 ini. 

Selamat pulang.

Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah anak dan menantu selamat pulang dari mengerjakan Umrah. Mereka kelihatan begitu ceria dan bahagia. Semoga segala ibadah mereka diterima oleh Allah begitu jua setiap doa dimakbulkannya.

Rasa2 macam baru saja hantar anak menantu ke airport, hari ni mereka dah berada dirumah. Kadang2 terfikir jugak dari hari ke hari tup tup dah seminggu. Bagaikan tak percaya cepatnya masa beredar. Dulu2 kalau terjaga ditengah malam, rasa lama sungguh menunggu subuh, tapi kini pejam celik-pejam celik, tanpa disedari dan dirasai seolah2 masa berlari begitu laju hinggakan tak terasa menanti waktu subuh.

Begitulah putaran masa. Dunia semakin tua…..

Aktiviti riadah.

Dah lebih  seminggu saya tak naik bukit.  Tempat riadah saya dan kawan2. Biasanya jam 7.30pg saya dan best friend akan keluar rumah, kami akan jalan naik ke bukit Melawati yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Cuaca pagi sungguh nyaman dan suasana amat ceria. Kami rasa amat gembira bila bertemu kawan2. Bertegur sapa, bertanya khabar dan mendengar cerita. Ramai yang begitu serius menjaga kesihatan.

Biasanya kami berjalan selama sejam. Badan  akan rasa segar. Memang ternyata aktiviti ini menyeronokkan. Kadang2 suami turut serta, tapi dia lebih suka main golf.

Saya pernah menonton  dokumentari  mengenai  mereka2 yang menghidap penyakit kanser pada tahap serius.   Biasanya Doktor mengesahkan  tiada harapan untuk hidup lama, dengan semangat yang cekal, kemahuan untuk hidup, tanpa mengenal putus asa membuat mereka, hari2 mendaki bukit dan disamping itu juga mereka banyak mengambil sayur2an dan menjauhi makanan yang boleh membiak sel2 kanser ( seperti gula, daging, susu dll ) Akhirnya mereka disahkan oleh doktor sembuh dari kanser.

Aktiviti riadah seperti mendaki  bukit boleh meningkatkan tahap oksigen didalam badan, dan menurut kajian yang dijalankan ada berpendapat  oksigen boleh menghapuskan sel2 kanser.

Untuk memiliki tubuh yang sihat, kita kena aktif. Banyak penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol dll dapat dicegah kalau kita rajin bersenam, InsyaAllah.