Doa dan harapan.

Pagi tadi saya menemani anak perempuan kekedai Al Munawarrah di Taman Tun Dr Ismail untuk membeli barang2 keperluan bagi mengerjakan Umrah. Esok dia dan suaminya akan berlepas ke Mekah pada jam tiga petang. Moga Allah memudahkan perjalanan dan segala urusan mereka.

Tidak dapat digambarkan, saat yang paling indah, ketika memandang Baitullah. Airmata akan mengalir, hati menjadi sayu, jiwa akan merasa
tenang. Sesungguhnya setiap diri yang berada disitu akan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa, memohon keampunan dan keredhaannya. Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi kepada keikhlasan hati. Setiap ibadah yang tulus kerananya di berinya ganjaran, mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Menjadi tetamu Allah diMekah AlMukarramah, di MasjidilHaram, Subhanallah, sesungguhnya amat beruntung tetapi Perlulah menjaga tingkahlaku supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang2 yang rugi. Kita tidak mahu segala amal ibadat menjadi sia2 dek kerana kejahilan, tiada ilmu. Disana menuntut kita agar banyak bersabar. Oleh kerana itu kita perlulah ada persiapan fizikal dan mental.

Melangkah masuk ke masjid An Nabawi, masjid Rasulullah s.a.w sambil selawat keatas baginda, diri akan berasa bertuah kerana berpeluang mengerjakan ibadah dan melawat makam Rasulullah s.a.w. Dapat mengerjakan solat dan berdoa di ar Raudah, yakni salah satu dari taman2 syurga, tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya setiap hati yang berada disitu…..Tiada kata seindah bahasa untuk mengambarkan perasaan ketika itu.
image

Ya Allah terimalah ibadat kami, ampunkan dosa kami. Jauhkan kami dari azab kubur dan azab neraka. Masukkan kami kedalam syurga mu. Kami amat berharap keredhaan mu….

Serai sebagai penawar.

Serai merupakan tanaman yang mudah tumbuh. Selain digunakan untuk masakkan,serai juga digunakan untuk tujuan perubatan.

Banyak khasiat terdapat didalam serai. Ia mampu melegakan sakit otot, sendi dan memanas serta boleh mengatasi masalah angin di dalam tubuh badan. Serai juga boleh menurunkan kadar kolesterol (LDL),mengurangkan asid urik, merangsang pencernaan dan mengurangkan tekanan darah.
image

Cara membuat air minuman serai
3 batang serai (potong sepanjang 6 inci dan di ketuk pecah)
1 helai daun pandan ( boleh di gantikan dengan 1/2 inci halia)
2 cawan air
Bahan2 diatas di rebus diatas api yang sederhana selama 20 minit. Tapis dan bila dah suam2 kuku masukkan madu lebah. Minumlah dua tiga kali sehari air rebusan serai ini. ( sejukkan didalam peti ais, rasanya lebih sedap)

Amal minum selalu akan dapat merasakan banyak kebaikan untuk tubuh badan. Walaubagaimana pun untuk mendapat keberkesanan perlulah diambil untuk jangkamasa sekurang2nya tiga minggu. selamat mencuba.

Baking powder bukan sebagai bahan penaik.

Ada ketika bila kita membasuh pakaian didalam mesin,bau yang melekat pada pakaian masih kekal pada basuhan. Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini masukkan 1/2 cawan baking soda campur dengan sedikit air dan tuangkan kedalam mesin pada bilasan terakhir. InsyaAllah bau pada pakaian akan hilang. Kalau nak wangikan pakaian hmm…kenalah beli softlan, downy fabric softener dll yang terdapat di supermarket!

Bagi menghilangkan daki yang melekat pada kolar baju kemeja,buatkan pes baking soda dan sapu pada bahagian yang berdaki dan biarkan seketika dan basuhlah seperti biasa.

Berjimat cermat berbelanja adalah amalan yang bijak. Selamat mencuba dengan petua yang diberi.