Law kana bainana, nasyid Arab.

Ketika ini tiba2 hati saya teringat pada sebuah nasyid Arab LAW KANA BAINANA yang adakala terdengar berkumandang di tv saluran al Hijrah. Saya amat suka dengan maksud lirik lagu ini……

“Wahai tuhan ku,kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
Keampunan mu
Dan sifat pemurah mu
Dan kebebasan daripada neraka-mu
Dan juga kami tamakkan syurga
yang dimasuki bersama2 penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada mu….
Mohon dengan sangat,wahai tuhan ku
Dari sudut hati kami yang paling dalam….
Kalau lah kekasih-mu
Masih berada bersama2 kami
Akan terlunaslah segala hutang
Dan semakin hampir lah
dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta2
Untuk berada hampir dengan kekasihmu
Berada berhampiran baginda
Jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua kalian doakan kepada Allah
Akan di perkenankan
Cahaya nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkah kami bertemu dengan baginda
Wahai tuhan yang maha memperkenankan doa hamba…
Hidayah Mu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang
Tuhan pemberi hidayah
Hadith2 mu ibarat sungai mengalir jernih
Berada disisi mu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah
Ku tebus diri ku dengan diri mu
Wahai kekasih ku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiran mu,jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang tuhan kepada seluruh alam
Wahai kekasih ku wahai Muhammad
Wahai doktor hati ku
Wahai yang di puji puja
Diri mu memiliki kelebihan yang di akui
oleh tuhan yang turut berselawat ke atas mu.”…………..

Terkenang saya pada kata2 dari seorang ustazah! Adakah kita benar2 mengenali Rasulullah s.a.w
Bolehkah kita kata kita cinta pada rasulullah s.a.w bila kita tidak pernah kenal dan tahu seerah Baginda?
Hati saya ketika itu amat terusik dengan soalan yang diajukan.
Memang tepat sekali apa yang dikatakan nya. Pintu hati saya diketuk. kini saya sedar, menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. kita mesti berusaha mengenal kekasih Allah.
Sebenarnya kita sering leka daripada mengingati hari akhirat yang merupakan matlamat dari kehidupan kita di dunia ini…..

Redha dengan takdir yang Maha Esa.

Minggu lepas saya di sapa seorang wanita ketika berada di pejabat pos. Kami berbicara. Dia memberi tahu yang dia mengidap penyakit cancer thyroid. Saya terkedu seketika. Wajahnya tenang. Katanya dia redha dengan ketentuan Allah. Baginya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, yang pasti dirinya semakin hari semakin rapat dengan Allah. Dia sentiasa berdoa dan amat berharap Allah makbulkan permintaannya. Hati menjadi sayu ketika mendengarnya. Dalam diam saya juga mengharapkan yang sama untuknya.

Buat kenalan ini ingin saya nyatakan, Saya amat kagum dengan diri mu yang begitu tabah mengharungi liku2 hidup yang mencabar.Katanya dia tidak akan putus asa dan akan selalu berusaha mencari penawar bagi penyakitnya…..dengan senyuman yang penuh bermakna.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Mampukah kita mencarinya..? Dalam pada itu doa adalah juga penawar yang amat mujarab.Teringat saya pada satu firman Allah yang bermaksud…”orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram” Surah AR RA’D ayat28

Semoga sejahtera selalu untuk kenalan saya ini.

sebuah perkahwinan

Semalam saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Terserlah kebahagiaan pada raut wajah kedua mempelai. Begitu jua ibu dan ayah serta sanak saudara. Senyuman tidak lekang di bibir mereka. Saya yakin di dalam diri pengantin tersemat harapan yang menggunung agar perkahwinan ini memberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Mampukah mereka mengemudi hidup ini,menghadapi cabaran demi kebahagiaan sebuah perkahwinan.Bagi saya selagi ada kasih dan sayang, biar badai melanda pasti dapat di atasi.

Mengapa sesetengah orang bahagia dan ada pula yang derita? Siapakah yang perlu di persalahkan sekiranya sebuah perkahwinan itu gagal? Jangan salahkan takdir. Salahlah diri sendiri, kerana amanah yang di beri oleh Allah ini tidak dilaksanakan dengan sempurna. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan saya selalu memanjatkan doa ke hadrat illahi semoga anak2 saya sentiasa bahagia bersama pasangan mereka.

Kapal yang tidak dikemudikan dengan baik, boleh sesat ditengah lautan boleh juga karam didasar laut..
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tempuhilah jalan itu dgn penuh kesabaran……Demi sebuah perkhawinan.