Ibu, Ratu hati ku.

Diwaktu saya menghayati bait2 lagu yang sedang didendangkan oleh Datuk Sharifah Aini,”Mawar putih untuk Mama”.

“Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang2
Kau lah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku”

Saya mengelamun seketika. Terkenang pada ibu yang melahirkan dan membesarkan saya. Betapa besar jasa dan pengorbanannya pada kami adik beradik. Sanggup bersusah payah demi anak2nya.

Suatu ketika dulu saya pernah membaca satu kisah seorang ibu tua diabaikan oleh anak2nya. Sungguh menyayatkan hati di mana ibu ini dihantar ke rumah orang2 tua milik bukan islam. Bayangkan bagaimana dia nak mengerjakan ibadah dan makan minumnya?. Sedih bila membaca rintihan hati ibu tua ini. Anak2nya adalah mereka yang berjaya dalam kerjaya.
Tanpa belas kasihan tergamak mereka melakukan yang demikian. Nauzubillah. Tidakkah pernah terlintas di benak mereka, sekiranya suatu hari nanti mereka berada disitu sepertimana ibu mereka. Lupakah mereka bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Hari ini mungkin mereka merasa senang dan lapang hati kerana tidak menggalas tanggung jawab sebagai anak, yang pasti jika mereka tidak insaf dan bertaubat diatas dosa yang dilakukan,mereka akan mendapat kemurkaan Allah.
Ketenangan hati tidak akan mungkin menjadi milik mereka.

Mengapa hati mereka begitu keras? Adakah kerana jahil agama membuat mereka bertindak begitu….Adakah kerana kesenangan hidup membuat mereka lupa diri? Tidak adakah rasa kasih sayang dalam diri mereka ketika menatap wajah ibu…..tidakkah mereka sedar tindakkan itu sungguh kejamm.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, dapatkan sepuluh anak menjaga seorang ibu?

Sempena hari ibu, marilah kita sama2 mengenang jasa2 ibu dan kasih sayangnya serta bertekad membahagiakan mereka selagi hayat dikandung badan. Bahagia ibu bahagialah kita, insyaAllah.

Buah Sukun untuk minum petang.

Hari ini saya rasa best sangat. Teman baik baru balik dari kampung. Dia bagi saya buah sukun. Buah sukun adalah kegemaran saya. Lama sungguh tak makan sukun. Besok boleh le goreng. Kalau di negeri Johor,sukun ni di makan dengan kicap yang dimasukkan dengan cili padi dan bawang yang di tumbok lumat.

Ada satu petua yang saya selalu amalkan bila

menggoreng pisang, ubi, sukun dan lain2 bagi rasa ranggup, iaitu masukkan 1 sudu minyak panas kedalam adunan tepung beras.Lepas tu goreng le macam biasa. Masa anak2 kecil saya selalu masukkan kunyit dan baking powder atau soda bicarbonate, bukan ada apa2 special cuma bila goreng tu nanti pisang, ubi dll akan jadi merah sikit,cantik. Ini membuatkan anak2 saya suka,menimbulkan selera makan mereka…..

image
( Jangan pandang pada rupa, pandang pada isinya…)

.

Sifat Rasulullah s.a.w

TEMAN….
Sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. kita mesti berusaha mengenali kekasih Allah sebagai tanda cinta kita padanya.

Coretanku ini berpandukan dari Al-Lu’lu’wal Marjan
Kumpulan HADITS SHAHIH BUKHARI MUSLIM

Bab tentang sifat nabi s.a.w dan beliau adalah manusia yang paling indah wajahnya

Diriwayatkan dari Al-Bara Bin Azib ra, ia berkata, Nabi s.a.w adalah orang yang berperawakan sedang (tidak tinggi dan tidak pendek), berbahu lebar,berambut sampai daun telinganya……..
Diriwayatkan dari Al-Bara ra, ia berkata, Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling indah wajahnya,paling baik akhlaknya. Beliau tidak terlalu tinggi ataupun pendek.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, ia berkata, Rambut Rasulullah s.a.w berombak, tidak lurus juga tidak kerinting.Panjangnya antara kedua telinga dan bahunya.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, dari Muhammad bin Sirin, ia berkata”Aku bertanya kepada Anas’Apakah Nabi s.a.w mewarnai rambutnya? Anas menjawab,Nabi hanya beruban sedikit’
Diriwayatkan dari Abu Juhaifah As-Suwa’i ra, ia berkata, “Aku melihat Nabi s.a.w dan aku melihat bulu berwarna putih di bawah bibirnya yang bawah.
Diriwayatkan dari Jubair bin Muth’im ra, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Aku memiliki lima nama: Aku adalah Muhammad dan Ahmad,aku adalah Al-Mahi yang mana Allah menghapus kekufuran dengan ku. aku adalah Al-Hasyir yang mana manusia berkumpul diatas kedua kaki ku, dan aku adalah Al-‘Aqib (Penjelasan Al’Aqib:yaitu yang datang kemudian kerana beliau datang setelah para Nabi, dan setelahnya tidak ada Nabi yang lain)

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat padanya nescaya diperolehi kemanisan iman(iaitu) Allah dan Rasulnya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan mencintai sesaorang semata2 kerana Allah,dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia benci di lemparkan kedalam api.(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dll)

Bak kata perpatah “Tak kenal maka tak cinta”.Teringat saya pada kata2 seorang ustazah pada suatu ketika dahulu…. kita mesti selalu berdoa semoga kita ditempatkan bersama dengan Rasulullah s.a.w. disyurga kelak …. Alangkah Bahagianya kita sekiranya kita dari golongan yang terpilih bersama Baginda S.a.w