Khasiat Temu Lawak

Pokok temu lawak dipercayai berasal dari Negara India. Ia ditanam dengan menggunakan kepingan rizom. Selain digunakan bagi tujuan perubatan, ia juga di masukkan kedalam masakan sebagai perisa masakan. Ada juga yang makan temu lawak sebagai pembuka selera.

Temu lawak mempunyai rasa sedikit pedas dan aromatik. Pelbagai bahagian temu lawak digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia adalah stimulan, tonik umum, tonik perut dan anti radang. Temu lawak berkesan merawat gangguan penafasan, mengeluarkan angin dari perut dan usus, meningkatkan proses pencernaan, menghapus jangkitan yang berlaku didalam badan, memecah darah beku dan merawat bengkak. Ia juga berkeupayaan membersihkan darah dan menyahkan toksin badan. Selain itu temu lawak juga dikatakan dapat menguatkan otot rahim dan baik untuk meningkatkan sistem imun.
Temu lawak tidak mempunyai kesan toksik apabila digunakan dalam dos biasa. Namun begitu, pengambilan temu lawak berlebihan boleh mendatangkan kemudharatan pada kesihatan seperti sakit kepala, mual dan muntah, menyebabkan sawan dan pitam.

RIZOM TEMU LAWAK

1448546278785
Temu Lawak juga digunakan sebagai ubat pupuk pada luka, ulser dan penyakit kulit.

Rujukan:

Curcuma zedoaria

Ong Hean Chooi: Rempah Ratus
Khasiat Makanan & Ubatan

Kelebihan ‘Wild Pansy’

Siapa sangka bunga yang cantik ini mempunyai nilai perubatan..

Menurut buku ‘Herbal Remedies’ by Andrew Chevallier;
Bunga ‘wild pansy’ merupakan remedi tradisional yang bernilai untuk masalah kulit: ekzema dan gatal-gatal kulit. Lazimnya bunga ini digabungkan dengan herba jelatang dan semanggi merah untuk penyakit kulit dan untuk membantu detoksifikasi. Jika digabungkan dengan herba thyme ianya baik untuk batuk dan bronkitis.

image
Tahukah anda, dalam Bahasa Melayu bunga ‘wild pansy’ ini dipanggil apa?

Ranti

Pokok herba ranti dikenali juga sebagai meranti dan terung perat.
Ranti digunakan sebagai tonik, merawat asma, batuk, bengkak pundi, sakit kepala, sakit saraf, sakit perut, kekejangan dan reumatisme.
Walaupun ranti boleh dimakan mentah sebagai ulam tetapi kita perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak kerana ranti termasuk dalam senarai tumbuhan yang mengandungi racun berjadual bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989).
Ranti lebih selamat dimakan masak.

POKOK RANTI
image
Saya tanam pokok ranti ini dengan keratan batang. Boleh juga tanam dengan bijinya. Buah ranti warna hijau bertukar keungu-unguan apabila ranum.

Buah ranti yang ranum boleh dibuat jem. Manakala daun dan pucuknya sedap kalau buat masak lemak. Tapi saya lebih suka salad ranti! 😀

image

SALAD RANTI
image

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar daun ranti dicelur dan dihiris
2) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang
3) 2″ halia muda dimayang
4) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1 cili merah dan cili padi dihiris nipis dan dibuang biji
6) Jus 2/3 lemon. Kalau tak nak masam kurangkan jus lemon.
7) 1 tbsp minyak bijan
8) Garam
Gaul semua bahan sehingga sebati. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Oleh kerana daun ini pahit, saya suka lebihkan jus lemon supaya hidangan ini rasa sedikit masam.

Jom try.. 🙂

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Sayuran, Khasiat Makanan & Ubatan.