Ketika ini saya ingin membicarakan tentang kajian ilmiah yang dilakukan di England satu ketika dulu. Bagaimana makanan mempengaruhi perangai kanak2. Ramai kita beranggapan bila anak2 menjadi hiperaktif atau moody kita fikir ini, diluar kawalan kita. Mungkin anak2 ini ada masaalah psychology (mungkin betul ada tapi sebelum itu perlulah selidik dulu, adakah itu benar2 puncanya) tapi pernahkah kita betul2 melihat corak pemakanan kanak2 ini. Katakan kita mempunyai 4 orang anak. Kita beri mereka makanan yang sama, tapi kenapa
Seorang dari mereka berperangai lain, menjadi ganas, lembap, moody dll. Kajian mendapati ada makanan2 boleh menyebabkan kanak2 menjadi begitu. Ada makanan yang sesuai untuk kakak belum tentu sesuai untuk adik. Jadi bila ada anak2 yang bermasaalah begini catat lah makanan harian mereka dan perhatikan emosi dan tingkah laku, insyaAllah anda akan dapat mengenal pasti punca bagi masaalah ini.(Ada kanak2 bila diberi makan ubi kentang atau makanan yang ada pewarna kuning, kajian mendapati kanak2 ini kadang kala menjadi hiperaktif.)
PMS dan STRES, inilah topik pembincangan saya dengan beberapa pelajar Universiti satu ketika dahulu.
Semasa saya berusia 20 tahun, saya selalu tertanya2 mengapa wanita bila mengalami haid, emosi mereka terganggu, cepat naik marah, tak sabar dan banyak lagi perangai yang memang tidak menarik. (ye betul, hormon! hahaha….) oleh kerana perasaan ingin tahu berkobar2, dengan semangat yang jitu saya mengambil satu masa meluangkan diri untuk berkampung di dalam sebuah ‘library’. Tiba2 saya terbaca…..
Beberapa (tidak le ramai)Pelajar2 universiti memberitahu saya mereka selalu mengalami stress dan pms. Dan ini benar2 mengganggu mereka. Kadang2 sampai hilang mood nak berlajar. Saya beritahu mereka ambil le vitamin B Complex dan vitamin C kerana ini baik untuk stres dan pms. Jawab mereka, kami dah ambil tapi tiada kesan…
Ilmu yang saya dapat ketika berkampung di dalam ‘library’ benar2 mengembirakan saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana ia sangat bermanfaat bagi saya, ketika saya amalkan semasa berusia 20 tahun. Saya beritahu pelajar2 ini, ambillah vitamin B complex dan Vitamin C dengan dos yang tinggi ( vitamin2 ini larut air, insyaAllah selamat) ketika pms dan stres sahaja dan beritahulah saya bila kita bertemu. Alhamdulillah, berkesan bagi mereka!
Kadang2 baik untuk kita belum tentu baik untuk orang lain (so check dengan doktor).