Broccoli & Leek soup

Pagi tadi masak Broccoli & Leek soup. Soup ini sedap di makan terutama dengan roti bakar ketika sarapan.

image
Leek & Broccoli

image
Leek dihiris nipis dan Broccoli disagat

image
Bahan lain yang di guna ialah mentega 5 tbsp, lada hitam dan sekotak santan kara tanpa kolesterol

image
Masak Leek dan Broccoli bersama mentega. Bila mentega dah cair, kacau hingga rata

image
Kemudian masukkan 2 3/4 mug air dan masak Leek & Broccoli hingga lembut.

image
Campurkan 3 tbsp tepung gandum + sedikit air dan kacau rata. kalau nak soup ini cair, kurangkan tepung

image
Masukkan santan kedalam mangkuk tepung dan kacau

image
Bila Broccoli dan Leek dah lembut barulah masukkan adunan santan. Bila dah mendidih, padamkan api. Masuk 3tbsp nutritional yeast, lada hitam dan garam secukup rasa serta kacau sehingga sebati. Saya suka masukkan nutritional yeast sebab ia berkhasiat dan juga menambahkan rasa sedap sup

image
Dah siap… saya suka tambah lagi 1/2 tsp nutritional yeast sebelum makan.

selamat mencuba 😀

Khasiat cendawan maitake

Semalam masak sup cendawan maitake. Sup ini sangat berkhasiat kerana cendawan maitake menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

image
Maitake raja cendawan? Anti kanser?

Maitake telah di amalkan dalam perubatan tradisional China dan Jepun sejak berabad-abad lamanya. Ia mengandungi sejenis polisakarida yang di panggil beta glucan, yang boleh juga ditemui dalam yeast dan beberapa cendawan yang lain. Kandungan beta glucan yang tinggi dalam maitake merangsangkan sistem imun dan mengaktifkan sel-sel bagi mengurangkan risiko kanser, melambatkan pertumbuhan tumor, melindungi sel-sel sihat daripada menjadi kanser, mengurangkan kesan sampingan kemoterapi, meningkat keberkesanan merawat kanser, merendahkan tekanan darah, mengawal tahap gula dalam
darah dan meningkat kesihatan jantung. Ia juga dilaporkan membantu pencernaan.

Maitake tea? Sangat menarik untuk di cuba!! Apa yang perlu saya lakukan ialah kisar cendawan maitake kering (organik) sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian bancuh kedalam air panas seperti biasa. Agaknya bagaimana rasa maitake tea ni bila dimaniskan dengan madu atau di masukkan perahan lemon atau teh O panas + serbuk maitake….

Serbuk cendawan maitake boleh dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Hmm… cendawan pun dah habis, kalau tidak boleh le cuba buat maitake tea esok. 😀

image
Informasi dari buku ini sangat bermanfaat untuk kita…

Sup cendawan maitake

Petang tadi masak sup cendawan maitake. Resipi ni sangat simple dan mudah.

image
Basuh maitake + 6 cawan air dan rebus selama 1 jam 30 minit di atas api yang kecil. Pastikan periuk ditutup. Bila dah masak padamkan api.

image
Kemudian masukkan liquid aminos dan lada hitam secukup rasa + 3tbsp minyak zaitun

image
Maitake dihiris nipis, masukkan ke dalam sup dan masak semula untuk 5 minit lagi.

image
Sup maitake kini sudah tersedia. Nak tahu rasa macam mana? Cubalah resipi ini…. 😀

Kalau nak rasanya macam ‘french onion soup’, keluarkan cendawan maitake dan masukkan bawang besar yang dipotong kiub. Masak sehingga bawang lembut. Sedap dimakan bersama french loaf!!