Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂

Khasiat minyak ikan

Kandungan Omega -3 asid lemak dalam minyak ikan bukan sahaja membantu mencegah penyakit jantung pada individu yang sihat tetapi juga mengurangkan serangan jantung dikalangan pesakit.

image

Menurut kajian pengambilan minyak ikan juga boleh mengurangkan risiko aterosklerosis, aritmia,mengelakkan strok jantung dan tekanan darah, merendah paras kolesterol ldl dan meningkat hdl di samping dapat mencegah pengumpulan ‘triglycerides’

Adalah dipercayai minyak ikan mempunyai keupayaan untuk meningkat peredaran darah, daya tahan diri, ulser, dapat melegakan asma,merawat kulit,berguna dalam merawat arthritis, reumatisme dan dalam kes osteoarthritis dapat membantu mengurangkan kesan enzim yang merosakkan rawan.

image
(Buku ini digunakan juga untuk rujukan)

Kualiti minyak bergantung kepada jenis ikan.Terdapat berbagai jenama dipasaran. Belilah yang berkualiti supaya dapat yang tidak dicemari sebatian toksik seperti merkuri, arsenik, plumbum dll yang boleh memberi kemudharatan kepada tubuh manusia.

Stevia.

Selalu dengar orang kata stevia ni penyelamat bagi penghidap kencing manis. Bagi mereka2 yang paras gula dah mula nak menghampiri “Danger zone” kenalah betul2 menjaga diet, sebab kesan penyakit kencing manis ni,  jika dibiar lama2 akan menjadi teruk.

Teringat saya pada seorang teman, katanya dia terpaksa begitu berhati2 apabila mengambil makanan hinggakan mesti disukat kerana bimbang paras gulanya naik mendadak.

image
Daun stevia saya rebus selama 25 minit dan biarkan sejuk
image
Sirap stevia. Saya gunakan sirap ini untuk maniskan pengat ubi, tak boleh nak makan,’ not only me but the whole family’ hahahaha….

Bau herba stevia ini bagi saya agak kuat. Saya lebih suka minuman tanpa stevia. Macam2 jenis herba saya dah cuba tapi dengan stevia, saya tidak mampu nak telan. Saya dapati kesan manis kekal lama dimulut dan dikatakan stevia ini sangat baik untuk penjagaan mulut dan gigi.

Bagi saya manis gula tidak sama dengan manis stevia. Saya tak pernah cuba stevia drops, dikatakan sangat manis beratus2 kali ganda dari gula dan juga sudah diproses bagi membuang warna dan bau. Ada pula yang mengatakan stevia drops rasanya hanyir. Satu hari nanti, saya nak cuba stevia drops ni. 🙂