Renungan Pagi Jumaat

Allah s.w.t. berfirman:

image

Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

image

Maksudnya:
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ” Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari siksa neraka”.

Surah Ali Imran: ayat 190-191

KEUTAMAAN BERPUASA.

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

image

Ertinya: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: ‘Semua amalan umat manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa. Sebab, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran’. Puasa merupakan benteng dari perbuatan maksiat. Oleh yang demikian, jika salah seorang antara kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor, berteriak-teriak atau memaki hamun! Jika ada seseorang mencaci dirinya atau diajak bergaduh, maka katakanlah kepadanya: ‘Aku ini sedang berpuasa.’ Kata-kata ini hendaklah diulangi sebanyak dua kali. Demi Tuhan yang menguasai diri Muhammad! Bau mulut seseorang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada wangi kasturi. Seseorang yang berpuasa akan memperoleh dua kegembiraan yang amat menyenangkan hatinya, iaitu: Tatkala berbuka, dia akan bergembira dengan berbuka itu dan dikala hendak berjumpa Tuhannya kelak. Dia akan bergembira kerana puasanya.

Riwayat oleh Ahmad, Muslim dan an Nasa’i.