Kurma Ikan Jenahak

Salam semua..

Resipi kali ini ialah masakan kurma tapi bukannya seperti yang biasa saya buat iaitu kurma ayam atau daging. Saya masak kurma ikan jenahak. Tak sangka semua ahli keluarga saya kata sedap! Bagi saya, ikan jenahak memang sesuai dibuat masakan kurma, mungkin juga kerana isinya lembut dan rasanya lemak-lemak sikit menjadikan masakan ini sedap..

image

Bahan-bahan:

3 keping ikan jenahak
1 labu bawang besar dibelah dua dan hiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
3 sudu besar rempah kurma. Saya guna jenama adabi. Campur sedikit air jadikan pes
1 labu bawang besar dibelah empat
Cili padi. Terpulang citarasa pedas
1 biji besar buah tomato. Belah dua dan hiris nipis
1/3 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga bawang kelihatan sedikit garing
2. Masukkan rempah kurma dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap
3. Masukkan ikan, tomato, bawang besar yang dibelah empat dan air. Kacau sehingga rata. Reneh sehingga ikan masak.
4. Masukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah mendidih. Padam api
5. Akhir sekali, senduk buang lebihan minyak

Masak Lemak Jantung Pisang

“Mama, sedaplah masak lemak jantung pisang ni, ngam betul cicah sambal garam dan makan dengan ikan asam jawa goreng!” 😀
Alhamdulillah, berselera keluarga saya menikmati makan malam semalam..

image

Bahan-bahan:

2 biji jantung pisang (kecil). Ambil bahagian lembut. Belah dua dan rebus sehingga masak dan lembut. Hiris 1cm memanjang
1 labu bawang besar dibelah dua, hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Cili padi merah di hiris kasar
1 sudu teh serbuk ikan bilis
1 cawan air
1/2 cawan santan kotak Kara

Cara:

1. Masukkan air, jantung pisang, bawang besar, serbuk lada hitam, serbuk ikan bilis dan cili padi. Kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih
2. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
3. Mendidih padam api.

Masak Lemak Tumis Ikan Kerisi

Resipi hari ini ialah masak lemak tumis ikan kerisi. Untuk kali ini, saya masukkan daun kari ke dalam masakan supaya memberi sedikit kelainan pada rasa kuahnya, sedaplah pulak..

Selamat mencuba.
image

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerisi, buang sisik dan kepala
4 ulas bawang putih diketuk dan cincang
Cili padi dihiris nipis. Terpulang pada citarasa pedas
4 tangkai daun kari diraut
1 biji tomato dihiris
Serbuk kasar lada hitam
1 cawan air
2/3 cawan santan kotak . Saya guna jenama kara
Minyak
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga bawang putih sedikit garing.
2. Masukkan air dan buah tomato dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan ikan dan serbuk lada hitam
Setelah ikan masak, masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.