Keladi

Ubi keladi sememangnya makanan kegemaran ramai namun terdapat juga beberapa jenis keladi yang tidak boleh dimakan. Ada juga jenis keladi yang boleh dimakan tapi perlu tahu cara penyediaannya sebelum dimasak, kalau tidak ia boleh merbahayakan tubuh badan.

Cara memasaknya boleh dipelbagaikan. Selain digoreng atau direbus, keladi sedap juga dibuat pengat dan kuih muih. Manakala daun keladi sering diolah menjadi pelbagai jenis masakan sayur.

Keladi adalah makanan yang baik bagi menggantikan nasi dan gandum kerana ia rendah glisemik indeks. Ia baik untuk merendahkan gula dalam darah. Ia mengandungi banyak serat yang membantu perut berasa cepat kenyang dan ini menjadikan ia baik untuk penurunan berat badan.
Keladi juga mengandungi protein yang cukup tinggi disamping kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Ia mengandungi lebih 17 jenis amino acid yang berbeza, penting untuk mengekalkan kesihatan. Keladi lebih berkhasiat daripada kentang dan tidak mengandungi gluten serta rendah lemak dan tanpa kolesterol.

Manfaat keladi pada kesihatan adalah menurun tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah, melindungi penyakit jantung, strok, kanser dan membantu fungsi tiroid.

image

Bagi sesetengah orang keladi boleh menimbulkan alergi di mulut. Kandungan tinggi oxalate dalam ubi keladi boleh memberi kesan pada ginjal dan memudaratkan pesakit buah pinggang.

KARI IKAN UBI KELADI
image
Selain dibuat kuih muih, saya juga suka masukkan ubi keladi ke dalam masakan kari atau masak lemak. Sedap! 🙂

Rujukan:

Nutritional benefits of taro

Taro Root a Super Food for the World

Nurul Asyikin: Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya.

Pokok Beracun?

Pokok trumpet beracun?

Semua bahagian tumbuhan ini dikatakan beracun dan disyorkan supaya menggunakan sarung tangan apabila mengendalikan pokok ini.
Kesan pengambilan boleh menyebabkan kelumpuhan otot, sakit kepala migrain, cirit birit, halusinasi dan kematian.

Ada orang kata, bunga pokok trumpet ini wangi.. entahlah saya tak pernah hidu. Sebenarnya saya tak berani pun nak hidu bunga ini, takutlah juga mana tahu kalau-kalau ada kesan sampingan.
Pada pandangan saya pokok ‘angle trumpet’ ini mempunyai bentuk bunga yang sangat menarik dan cantik. Terdapat pelbagai warna bunga iaitu putih, pink, kuning dan oren.

image

image

image

image

Ada juga yang mengatakan pokok ini memudharatkan kesihatan badan hanya apabila dimakan sahaja. Walaubagaimana pun adalah baik sekiranya memastikan kanak-kanak dijauhi daripada tumbuhan ini.

Ngarku Daging Kicap

Resipi hari ini. 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 4 biji ubi ngarku dibuang kulit dan dihiris
2) 1 mangkuk kecil daging batang pinang dihiris
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 8 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
5) 2 biji tomato. Setiap satu dibelah 6
6) Kicap dan serbuk lada putih.
7) Garam jika perlu

Caranya:

1) Goreng ngarku hingga masak dan kekuningan. Toskan
2) Tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang kekuningan
3) Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga masak.
4) Masukkan tomato dan masak sekejap.
5) Masukkan ngarku dan kacau rata.
6) Besarkan api, masukkan kicap dan serbuk lada putih dan goreng sehingga daging kelihatan kering.

Selamat menjamu selera.