Lemak Turi & Petai

As-salam semua.
Entri hari ini adalah menu pilihan untuk cuti hujung minggu. Masak lemak daun turi dengan petai boleh dikatakan macam masakan ala-ala kampung. Sesuai sangat kalau dihidang dengan sambal dan ikan masin goreng. Rasanya yang sedikit lemak-lemak pahit dan digabung dengan rasa kelat kulit petai memang boleh menambahkan selera makan.. ya lah, bagi mereka yang suka turi dan petai 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk sayur turi
2) 2 papan petai dihiris bersama kulit
3) 1/2 genggam ikan bilis
4) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1/4 tsp serbuk lada putih
6) 2 cawan air
7) 1 kotak kecil santan kara
8) Garam secukup rasa

Caranya:

1) Masukkan semua bahan 1~7 dan masak sehingga daun turi lembut
2) Akhir sekali masukkan santan dan garam
3) Biar mendidih sekejap lepas itu bolehlah padam api.

Selamat menjamu selera.

Salam Jumaat

Zikir Ketika Bermimpi Baik Atau Buruk

Diriwayatkan di dalam sahih al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
image

Ertinya:
“Apabila salah seorang di antara kamu melihat mimpi yang dia suka, maka itu asalnya dari Allah s.w.t., hendaklah bertahmid kepada Allah s.w.t. di atas mimpinya dan menceritakannya – dalam riwayat lain disebutkan – hendaklah tidak menceritakannya kecuali kepada orang yang dia sukai. Dan apabila melihat mimpi yang tidak disukai, maka itu asalnya dari syaitan, hendaklah memohon perlindungan dari kejahatannya dan tidak menceritakannya kepada siapa pun, maka mimpi itu tidak akan membawa mudarat baginya.”

Diriwayatkan di dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dari Abu Qatadah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
image
Ertinya:
“Mimpi baik datangnya dari Allah, dan mimpi buruk datangnya dari syaitan. Siapa yang bermimpi sesuatu yang tidak disukainya, hendaklah meludah kecil ke arah sebelah kiri tiga kali dan memohon perlindungan (kepada Allah) dari syaitan. Kerana dengan demikian mimpi tersebut tidak akan memberikan pengaruh buruk terhadapnya.”

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim dari Jabir r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda:
image
Ertinya:
“Jika salah seorang di antara kamu bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukai, hendaklah meludah ke arah kiri tiga kali, lalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan tiga kali, kemudian berpindah kedudukan.”

Rujukan:
Terjemahan Al-Azkar
Imam An-Nawawi

Tenggiri Masam Manis

Assalamualaikum..

Resipi hari ini cukup mudah penyediaannya. Saya guna ikan tenggiri, boleh juga guna ikan lain seperti ikan bawal atau ikan kembung. Tapi rasanya ikan tenggiri lebih enak, anyway terpulang pada citarasa 🙂

Jom tengok resipi..

1448538242915

 

Bahan-bahan:

1) 3 keping ikan tenggiri dilumur garam dan goreng. Toskan
2) 3 labu bawang besar di belah 8 setiap satu
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) 4 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar sos cili
7) 2 sudu besar sos tiram
8) 2 sudu besar air

Caranya:

1) Bahan 5~8 dicampur dan dikacau rata
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3) Masukkan cili padi dan bahan sos 5~8
4) Masak sekejap atas api dan akhir sekali masukkan ikan. Kacau rata.

Sedia dihidangkan..