Boutique Sutera Thai

Hari ini saya ke Boutique Sutera Thai yang agak terkenal di Bangkok. Di Boutique ini, terdapat pelbagai produk 100% sutera Thai asli untuk keperluan fesyen dan hiasan dalaman rumah. Ia terletak di jalan Sukhumvit Soi 23 dan berhampiran dengan Hotel Grand Millennium.
Station BTS (Bangkok Mass Transit System) terdekat dengan boutique ini ialah Asok dan kalau naik MRT (Bangkok Metro), station terdekat ialah Sukhumvit.

Boutique ini bukanlah di dalam Mall tapi diubah suai dari sebuah bunglow. Walaupun begitu, terdapat banyak juga pilihan. Ia sebenarnya macam showroom, kita boleh order dan juga beli di situ.

Kain sutera di sini, ditenun tangan. Saya sendiri tidak dapat bezakan antara tenun tangan dengan tenun mesin. Yang pasti tenun tangan lebih sukar dan memerlukan lebih masa.

THAI SILK BOUTIQUE
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sempat juga saya kecek suami untuk beri hadiah, hehe..

Bangkok, aku datang…

image

Ketika ini saya dan suami berada di dalam pesawat MH 784 menuju ke Bangkok. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Kami akan berada di Bangkok tak lama, cuma 4 malam saja.

Pukul 4.30 pg dah bangun dan selepas solat subuh kami terus bertolak ke airport.
Awal juga tiba di airport tadi, sempatlah duduk di Mas lounge dan breakfast nasi lemak…
.
.
.

Dalam pesawat dijamu lagi, banyak makan lah pulak, hehe….
Rasanya no lunch for today, perut rasa penuh sangat. 🙂

Sebelum ni, saya dah pernah ke Bangkok tapi kali ini suami ada meeting kat sana.. Rasanya tak berkesempatan nak melawat banyak tempat, sebab suami akan sibuk dengan tugasnya. Nak keluar sorang2 tak beranilah pula… . 😦

Anyway, walaupun tidak akan berada lama di Bangkok untuk kali ini, rasanya masih juga boleh enjoy… InsyaAllah.

shopping? 😀

Udang Kiwi Gold

Untuk penggemar buah kiwi, anda mungkin berminat dengan masakan udang kiwi gold ini.

1450618290243
Bahan-bahan:
1) 10 ekor udang cuci dan buang kepala dan urat hitam
2) 2 biji buah kiwi gold dibuang kulit dan potong kiub kecil
3) 1/2 biji tomato dipotong kiub kecil
4) 1/2 biji capsicum dipotong kiub sederhana besar
5) 2 pokok daun bawang dihiris
6) 3 ulas bawang putih dicincang
7) Cili kering dihiris dan serbuk kasar lada hitam
8) Garam

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering.
2) Kemudian masukkan buah kiwi, capsicum dan tomato. Kacau rata sehingga kiwi hampir hancur
3) Kemudian masukkan udang
4) Akhir sekali masukkan daun bawang, serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba. Hope you like it. 🙂