Korea: Seoul Yangnyeongsi Market

Dua hari lepas saya pergi ke pasar herba yang terletak di Yangnyeongsi, Seoul. Besar sungguh pasar ini, ia adalah pasar perubatan herba terbesar di Korea. Terdapat bermacam-macam jenis herba di sini. Tapi yang paling popular adalah ginseng dan ginseng ini pun ada pelbagai jenis dan bentuk. They also sell lots of fresh ginseng.

Herba yang dijual di sini kebanyakannya adalah jenis yang sudah dikeringkan. Justeru memang sukar untuk kita nak kenalpasti jenis herba. Lagipun penjual-penjual herba ini kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris.  Jadi sukar kita nak dapat penjelasan tentang herba yang mereka jual…

THE ENTRANCE TO YANGNYEONGSI MARKET
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Lawatan di sini bukanlah bertujuan nak membeli herba tapi hanya sekadar nak melihat jenis-jenis herba yang terdapat di pasar ini. It was fun to be there because I like herbs, I like to read about herbs and now I can see the various kind of herbs being displayed.. wonderful sight!

Korea: Namiseom Island

Ramai sungguh pengunjung ketika saya sampai di Namiseom Island pada tengah hari tadi, mungkin sebab hari ini hari Ahad. Pengunjung terdiri dari anak-anak muda, ibu bapa dengan anak kecil mereka dan juga mereka yang dianggap warga emas. Ini menunjukkan bahawa Namiseom Island memang popular dikalangan warga Korea dan pelancong.

Namiseom Island bukanlah pulau di tengah laut, tetapi ia sebenarnya pulau yang terjadi apabila sebuah empangan dibina merentasi Sungai Bukhangang. Dikatakan Namiseom Island kini menjadi lebih terkenal kerana penggambaran sebuah drama mega Korea, “Winter Sonata”, yang juga popular dikalangan anak muda di Malaysia, dibuat di situ. Walaupun begitu, kepada ramai pengunjung lain, mereka datang kerana Namiseom Island memiliki pemandangan yang indah, terutama pokok-pokok yang tinggi di kiri dan kanan laluan dan untuk ketenangan.

Namiseom Island terletak di sebelah timur laut Seoul. Dari Seoul, pengunjung boleh pergi dengan bas atau dengan train ke Gapyeong , dan kemudian dengan feri ke Namiseom Island.

PEMANDANGAN INDAH DI PULAU NAMISEOM

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

It was a nice feeling to leisurely stroll on this Island… we felt relaxed. 🙂

Korea: Namsangol Hanok Village

Lebih kurang pukul 11 pagi, saya pergi melawat Namsangol Hanok Village. Di sana terdapat 5 buah rumah tradisi Korea dari zaman Joseon yang dipindahkan ke situ dan dibaikpulih semula. Rumah-rumah tradisi ini terdiri dari rumah bangsawan dan juga rumah orang biasa. Luas kawasan di situ lebih kurang 2 ekar. Pembinaan dikatakan bermula pada Dec 1993 dan tamat 5 tahun kemudian termasuk mengindahkan taman dengan pokok-pokok dan sungai.

image

image

image

image

image

image

image

image
Namsangol Hanok Village bererti “A village of traditional houses in the Namsan Valley” adalah kampung tradisi Korea. Hanok bermaksud rumah tradisi.
Lawatan ke sana bagi saya amat menarik… 🙂