Sup Ayam Kacang Hitam

Kacang hitam adalah salah satu makanan yang berkhasiat kerana ia menyediakan nutrien yang baik untuk tubuh badan. Ia kaya dengan serat dan protein baik untuk kesihatan saluran penghadaman terutamanya kolon.
Kajian juga mendapati pengambilan kacang hitam mengurangkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia membantu mengawal paras glukosa badan, paras kolesterol dan banyak jenis penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Kacang hitam mengandungi purines. Purines adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. Pengambilan purines berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Purines boleh membentuk uric acid dan pengumpulan lebihan purines boleh menyebabkan pengumpulan lebihan uric acid yang menyebabkan gout atau pembentukan batu karang. Sekiranya anda mengalami gout atau batu karang, adalah baik tidak mengambil kacang dalam diet. 😦

KACANG HITAM
image

Terdapat 2 cara untuk rendam kacang hitam bagi mengurangkan raffinose (dikaitkan dengan menyebabkan kembung perut).
1) Rebus selama 2 minit dan tutup api. Biarkan dalam periuk yang ditutup selama 2 jam. Kemudian tapis.
2) Rendam kacang hitam selama 8 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Sebelum masak bilas terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun ada berpandangan air rendaman mengandungi nutrien. Jadi sekiranya tidak ada masalah kembung perut bolehlah ambil air rendaman untuk dimasak.

SUP AYAM KACANG HITAM, my favourite. 😉
image
Saya rebus 1 cawan kacang hitam dan air rendamannya selama 1 jam/hingga empuk dan kemudian masukkan 1/2 ekor ayam kampung. Rebus hingga masak. Tutup api baru masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam dan garam secukup rasa.

I had this for lunch yesterday. 🙂


WHFoods: Black Beans

Khasiat Sayur Maman.

Alahai jeruk lagi. 🙂

Sejak kebelakangan ini saya suka sangat buat dan makan jeruk. Baru ini saya beli buah belimbing dan sayur maman. Buah belimbing biasanya tak tahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Sayang tengokkan buah ini, segar dan cantik jadi saya segera buatkan jeruk.

JERUK BUAH BELIMBING
image

Pada hari yang sama saya juga buat jeruk sayur maman. Dah lama sungguh saya tak makan jeruk maman. Tiba-tiba rasa teringinlah pula bila ternampak daun maman ini… 🙂

Selain dibuat jeruk, daun maman juga dimakan sebagai sayur atau dimasak sup. Rasanya pahit tetapi bila dibuat jeruk rasa pahit daun maman akan berkurangan.
Biji maman pula bila ditumbuk lumat dan dimakan sedikit dapat mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Jangan makan berlebihan kerana dikatakan ia boleh memberi kesan sebaliknya.

Daun maman bila direbus dan diminum airnya dapat membantu penghadaman, merangsang pengeluaran kahak dan ubat bagi penyakit hati dan hempedu.

SAYUR MAMAN.
image

JERUK MAMAN

image

Jangan lupa sekali sekala kocakkan balang ini untuk memastikan kandungannya sebati.

Bahan-bahan:

1) 5 ikat sayur maman. Hiris batang yang lembut saja dan pilih daun segar. Basuh hingga bersih.
2) 2 tbsp garam.
3) 1 mangkuk air.
~
4) 1 1/2 tsp garam.
5) 1 mangkuk air.
6) 1 senduk nasi sejuk.

Cara membuatnya:
1) 2 tbsp garam dimasukkan ke dalam satu mangkuk air masak sejuk. Kacau hingga garam larut.
2) Tuang air garam ke dalam mangkuk berisi sayur maman dan biarkan selama 3 jam. Sekali sekala kacau supaya sayur maman sebati dengan air garam.
3) Selepas 3 jam, tuangkan air rendaman sayur maman. Perah daun maman.
4) 1 1/2 tsp garam dimasukkan ke dalam semangkuk air dan kacau hingga garam larut. Kemudian tuang air garam dan nasi sejuk ke dalam mangkuk berisi sayur maman. Gaul sehingga rata. Selepas tu bolehlah masukkan ke dalam balang. Bila jeruk maman dah jadi (biasanya 4~5 hari) baru masukkan ke dalam peti sejuk.

image

Jeruk maman sedap juga dibuat masak lemak 🙂

Rujukan: Sayuran
Khasiat makanan & ubatan.
ONG HEAN CHOOI

Surat Khabar & Makanan.

Saya sering lihat ramai wanita guna kertas surat khabar untuk membungkus makanan. Adakala juga ia digunakan bagi menyerap minyak makanan bergoreng seperti pisang goreng, ubi goreng, donut dan sebagainya. Membungkus makanan dengan surat khabar adalah tindakan membahayakan dan ada kebimbangan ini boleh menimbulkan kesan yang serius pada kesihatan.

image

image

Penyelidik barat melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan ada dakwat surat khabar yang karsinogenik (penyebab kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan.

Oleh kerana kita tidak tahu dakwat yang digunakan oleh pencetak itu toksik atau tidak, adalah lebih baik mengambil sikap berhati-hati dengan memastikan kita tidak menggunakan kertas surat khabar bagi membungkus makanan dan menggunanya sebagai alas untuk menyerap minyak.

Banyak Surat khabar menggunakan dakwat berkualiti rendah yang sangat toksik. Surat khabar lama adalah tempat sangat kondusif untuk pembiakan bakteria. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika digunakan…

Janganlah kita gunakan surat khabar untuk membungkus makanan, carilah aternatif lain yang lebih selamat. 🙂