Udang Mentega

Assalamualaikum.

Untuk berbuka puasa hari ini, antara hidangan yang saya sediakan ialah udang goreng mentega atau lebih popular dipanggil buttered prawn. Masakan ini mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi putih..

image

Bahan-bahan:

Bahan A:
15 ekor udang saiz sederhana – buang kepala dan sebahagian kulit udang. Sedikit Kulit dibahagian ekor dikekalkan. Urat hitam udang dibuang. Cuci dan toskan
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 biji putih telur
2 sudu besar penuh tepung beras
Garam secukup rasa

Cara:
Gaul semua bahan di atas sehingga rata.
Panaskan minyak yang banyak, goreng udang sehingga kuning keemasan
Angkat udang dan toskan

Bahan B (floss): kuning telur

5 biji kuning telur
1/2 buku mentega
1/2 cawan minyak

Cara:
Pukul kuning telur
Panaskan 1/2 cawan minyak dan 1/2 buku mentega.
Besarkan api
Tuangkan kuning telur dari kedudukan yang tinggi sedikit-sedikit, sementara itu kacau dengan belakang senduk tanpa henti, berpusing-pusing dan laju.
Terus kacau hingga berbuih dan floss kelihatan kekuningan.
Tuang dalam tapis dan toskan.

Bahan C:
5 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari di raut
7 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji

Cara:

Panaskan 8 sudu besar minyak floss (kuning telur)
Tumis bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang kekuningan. Kemudian masukkan udang, kacau sehingga rata dan goreng sekejap. Tuang dalam tapis dan toskan.

Hidang udang di dalam pinggan. Taburkan floss.

Selamat mencuba.

Ramadan

Assalamualaikum..
Sempena menyambut bulan Ramadan yang akan bermula esok, kasihilmar ingin mengucapkan:

image

Semoga kita semua dapat melalui Ramadan dengan penuh keimanan dan kesabaran.
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf seandainya ada salah dan silap..

Kari Ikan Tanpa Santan

Assalamualaikum..

Semalam saya masak kari ikan bawal tanpa santan dan makan bersama daging serai rosemary. Begitu menyelerakan… 🙂

Keluarga saya memang suka kari ikan, lebih-lebih lagi kalau disimpan semalaman dan kemudian makan cicah dengan roti. Ada ummph!

Setiap kali saya masak kari, tidak kira kari ikan atau pun daging, saya akan pastikan rempahnya dimasak agak lama. Saya memang sengaja tidak masukkan santan sebab bagi saya rasanya lebih sedap. Bila rempah kelihatan sedikit gelap, pekat dan terbit minyak barulah saya akan masukkan air dan masak sehingga mendidih. Lepas tu masukkan ikan atau pun daging. Bila lauk dah masak, direneh (masak diatas api yang kecil) sehingga kuah kelihatan sedikit pekat, baru best! 🙂

image

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal saiz sederhana dipotong dua
5 sudu besar penuh serbuk kari ikan jenama Adabi-campur 1/2 cawan air
1 sudu teh halba campur
8 ulas bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 cm halia dihiris nipis
2 keping asam gelugor
4 biji terung saiz kecil dibelah dua
2 tangkai daun kari, dilurut
2 cawan air
Minyak
Garam

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan halba campur sehingga bawang kekuningan
2) Masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan air dan masak sehingga mendidih
4) Masukkan ikan dan terung, bila kuah mendidih masukkan asam gelugor. Kecilkan api dan reneh sehingga kuah kelihatan sedikit pekat. Sekira suka kuah cair tambahkan sedikit air.
5) Akhir, masukkan daun kari dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan.