Jeruk Sayur Kai Choy

Assalamualaikum

Hari ini saya selitkan entri jeruk sayur kai choy yang saya buat pada 9 hari yang lepas. Bagi mereka yang gemar makan jeruk sayur bolehlah mencuba resipi yang saya sertakan link dibawah. Bila buat sendiri pasti bila makan tidak akan timbul rasa ragu atau was was kerana yang dijual di kedai, kita tidak tahu tahap kebersihannya.

Jeruk sayur kai choy sedap di masukkan ke dalam masakan asam pedas, masak lemak ataupun digoreng…

image

Cara membuat, sila klik link di bawah.
Resipi Jeruk Sayur Kai Choy

Sotong Kulit Limau

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu lagi masakan mudah dan ringkas yang digemari keluarga…

image

Bahan-bahan:

12 ekor sotong saiz kecil
Kulit 1 biji buah limau purut dihiris halus
1 batang serai dihiris nipis
2 batang bunga kantan dihiris nipis
6cm lengkuas dihiris kasar
5 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Panas minyak ke dalam kuali
Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan serai, kulit limau, cili kering, lengkuas dan bunga kantan. Goreng sehingga garing
Kemudian masukkan sotong, besarkan api dan kacau sehingga masak.
Jangan biarkan sotong masak lama di atas api nanti sotong akan menjadi keras dan liat.

Sedap 🙂

Mengatasi Senggugut

Adakah anda sering mengalami masalah senggugut?
Senggugut, merujuk kepada kesakitan ketika haid yang seterusnya boleh menjejaskan kehidupan segolongan wanita. Punca sebenar senggugut masih tidak diketahui sepenuhnya.

Banyak rawatan dicadangkan bagi senggugut termasuk membuat perubahan pada corak permakanan atau cara hidup. Punca senggugut berkemungkinan disebabkan kekurangan fiber, vitamin dan galian tertentu terutama potassium dan magnesium.

Sesetengah simptom senggugut mungkin dapat dikurangkan sekiranya pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kafein dan gula dielakkan. Kafein yang terdapat di dalam kopi, teh, kola dan juga coklat yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan senggugut lebih teruk. Paras garam berlebihan dalam badan akan membuat badan menyimpan banyak air. Ini akan menyebabkan kekejangan di bahagian perut bertambah ketika haid.

Di bawah adalah petua dari akhbar Berita Harian mengenai cara mengatasi senggugut…

image