Kerabu Ayam

Assalamualaikum

Malam ini saya nak kongsi satu lagi resipi kesukaan keluarga..

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam digaul kunyit dan garam.Goreng sehingga masak dan garing. Kemudian isi ayam dipotong kecil-kecil

100g daun ketumbar dihiris

1 biji tomato dibelah dua dan dihiris nipis

1 biji ubi kentang segar dimayang

1/2 labu bawang besar dihiris nipis

2 sudu besar minyak bijan

1 sudu teh serbuk kasar cili kering

Sedikit serbuk kasar lada hitam

Jus lemon dan garam secukup rasa

Cara: Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Salam Eidul Adha

Assalamualaikum

Hari ini hari raya kedua Eidul Adha
Saya ingin ucapkan Salam Eidul Adha kepada semua yang beragama Islam. Semoga kehadiran Eidul Adha menyinarkan kehidupan kita semua.

Tentu dipagi raya ramai yang sibuk menyediakan juadah untuk keluarga. Seperti biasa, setiap kali menyambut raya saya akan sediakan hidangan menu kegemaran keluarga iaitu ketupat pulut dan saya regukan dengan 3 jenis masakan rendang. Untuk entri hari ini saya nak berkongsi resipi Rendang Ayam Perak. Bagi mereka yang gemar masakan rendang, bolehlah mencubanya. Memang sedap makan dengan ketupat pulut atau pulut kuning. Boleh juga kalau nak gandingkan dengan nasi himpit.

Ok, jom lihat resipi

image

Bahan-bahan:

1) 2 ekor ayam kampung, buang kulit dan dipotong kecil
2) 1/2 cawan minyak
3) 2 inci lengkuas dihiris
4) 4 batang serai diketuk
5) 1/2 kilo santan segar (2 biji kelapa)
6) 2 helai daun kunyit dimayang halus
7) 1 sudu makan/tbsp gula melaka
8) Garam secukup rasa

Bahan A: Kisar

1) 45 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
2) 8 biji cili merah, buang biji
3) 1 cawan air

Bahan B: Kisar

1) 50g lengkuas
2) 50g halia muda
3) 50g bawang putih
4) 400g bawang merah
5) 1 sudu teh/tsp serbuk kunyit
6) 3 batang serai
7) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak, tumis lengkuas dan serai sehingga serai kekuningan
2) Kemudian masukkan bahan kisar A dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan bahan kisar B. Kacau selalu sehingga pekat dan terbit sedikit minyak
4) Masukkan santan. Kacau rata, masak sehingga mendidih dan kecilkan api
5) Bila kuah hampir pekat, masukkan ayam, gula melaka dan garam
6) Masak sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rata.

Untuk resipi ketupat pulut, sila klik link di bawah
Ketupat Pulut Daun Kelapa

Udang Lada Hitam

Assalamualaikum

Hari ini jamu anak berbuka puasa dengan masakan udang yang digemarinya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 13 ekor udang besar, buang kulit dan urat hitam
2) 1 sudu teh serbuk kasar cili kering
3) 1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) 5 helai daun limau purut dihiris
6) 2 sudu makan air asam jawa
7) Garam secukup rasa
8) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Cara:

1) Masukkan semua bahan 1~7 ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata dan perap selama 20 minit
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan udang yang diperap, besarkan api dan goreng sehingga udang masak.

Selamat mencuba..