Ikan Tenggiri Tandoori

Assalamualaikum..

Nak masak apa hari ini?
Jom tengok resipi ikan tenggiri tandoori yang saya sediakan untuk keluarga semalam…

image

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan tenggiri
2) 1 sudu besar serbuk ketumbar
3) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
4) 1 sudu besar serbuk cili
5) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
6) 1 sudu besar minyak masak
7) Jus 1/2 biji lemon
8) Garam secukup rasa
9) 5 sudu besar minyak masak

Cara:

1) Masukkan semua bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan gaul rata
2) kemudian sapukan campuran rempah pada ikan tenggiri dan perap selama 3 jam
3) Panaskan kuali dengan 5 sudu besar minyak dan kecilkan api. Kemudian masukkan ikan dan goreng sehingga masak.
atau
4) Bakar ke dalam oven sehingga masak.

Biasanya masakan ikan tandoori atau ayam tandoori dimasukkan pewarna merah atau pes tomato untuk menambah warna. Tapi sekiranya nak boleh juga masukkan 1 sudu besar pes tomato.

Selamat menjamu selera.

Sauerkraut Daging Masak Lemak

Assalamualaikum..

Ada beberapa teman saya bertanya, masakan apa yang sedap dibuat dengan sauerkraut?
Bagi saya berbagai menu boleh kita buat dengan sauerkraut antaranya sauerkraut daging masak lemak.

Masakan ini diberi ‘thumbs up’ oleh anak saya ♡
Resipi seperti di bawah…

image

Bahan-bahan

1) 120g daging lembut/batang pinang dipotong kiub kecil
2) 1 cawan air
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 2 biji tomato dibelah empat
5) 2 biji cili padi merah dihiris nipis
6) 1/2 cawan santan kotak kara
7) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
8) 1 cawan sauerkraut
9) Garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan bahan 1~5 ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga daging masak. Kecilkan api
2) Masukkan santan, sauerkraut dan lada hitam. Biarkan mendidih sekejap kemudian bolehlah padam api.

SAUERKRAUT
image

Cara membuat sauerkraut:
Sila klik link

https://kasihilmar.com/2014/07/16/sauerkraut/

Sayur Kacang Peas Goreng Tepung

Assalamualaikum..

Hari ini satu lagi menu ringkas dari saya. Hidangan ini sedap dimakan ketika masih panas..
image

Jom try resipi sayur goreng ini!

Bahan-bahan:

1) 175g sayur kacang peas. Potong buang bahagian hujung sayur yang keras
2) 50g tepung beras
3) 1 tsp serbuk pati ikan bilis
4) 2 tsp serbuk kasar cili kering
5) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
6) 5~6tbsp air
7) Garam secukup rasa
8) Minyak untuk mengoreng

Cara:

1) Masukkan bahan 2~7 ke dalam bekas, gaul sehingga sebati
2) Masukkan sayur kacang peas dan gaul rata
3) Panaskan minyak, dan goreng sayur kacang peas seperti goreng pisang sehingga garing.

Selamat menjamu selera 🙂