Nasi Kurau & Daging Serai

Assalamualaikum

Menu kesukaan anak-anak saya 🙂

Jom try!
image

image

NASI KURAU
Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar nasi sejuk
2) 1 sudu besar penuh minyak sapi
3) 5 ulas bawang putih, buang kulit dan cincang halus
4) Ikan kurau masin dihiris kecil-kecil (banyak sedap)
5) 6 tangkai cili kering, digunting dan buang biji
7) 1 kiub ikan bilis maggi dihancurkan
8) 5~6 keping daun limau purut, buang urat dan gunting/hiris halus

Cara:

1) Panaskan minyak sapi. Tumis bawang putih dan ikan masin kurau sehingga kuning
2) Masukkan cili kering dan serbuk ikan bilis, kacau rata
3) Masukkan nasi sejuk, gaul sehingga rata
4) Masukkan daun limau purut. Kacau nasi dan masak atas api lama sedikit.
5) Kalau masukkan secukup ikan kurau masin, tidak perlu tambah garam

Anak saya suka juga makan nasi kurau dengan telur dadar 🙂

DAGING SERAI

Bahan-bahan:

1) 350g daging lembut/batang pinang dihiris nipis
2) 7 ulas bawang putih berkulit diketuk dan dicincang halus
3) 3 batang serai dihiris nipis dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) Sedikit serbuk kasar lada hitam
6) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kuning
2) Masukkan daging, besarkan api dan goreng daging sehingga kering
3) Masukkan lada hitam dan akhir sekali garam secukup rasa

Yummy! 😀

Selamat menjamu selera..

Ramadan semakin hampir…

Assalamualaikum

Terasa masa berlalu begitu pantas, dari setahun ke setahun dah nak masuk semula bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita semua dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna dan diterima Allah. Sesungguhnya ramai yang menunggu-nunggu saat ini kerana Allah swt. akan kurniakan ganjaran pahala ibadah berlipat kali ganda..
Mungkin ada suri rumah yang sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan menyambut ramadan. Yelah, kalau boleh semasa puasa nanti sekurang-kurangnya badan tidaklah terlalu letih nak siapkan itu dan ini atau terkejar-kejar masa dalam kesibukan nak selesaikan segala urusan. Semoga persiapan awal dapat membuat minda berasa tenang dan badan terasa segar ketika melakukan ibadah puasa nanti, inshaaAllah.

Jom intai resipi, Eryngii Dill 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 400g cendawan eryngii dihiris
2) 5 ulas bawang putih dengan kulit diketuk dan dicincang
3) 1 biji tomato dihiris kiub kecil
4) 1 tsp serbuk ikan bilis maggie
5) 1/2 tsp dill kering
6) Serbuk kasar lada hitam
7) Garam

Cara:

1) Tumis bawang putih hingga kuning
2) Masukkan cendawan eryngii dan tomato. Besarkan api dan goreng sehingga masak dan kering
3) Kemudian masukkan lada hitam, serbuk ikan bilis dan herba dill kering. Kacau sehingga rata
4) Akhir garam secukup rasa.
5) Kalau suka pedas boleh saja masukkan cili semasa tumis bawang putih.

Selamat mencuba