Daging Goreng Halba Kari

Assalamualaikum..
Selamat petang semua
Menu lauk pauk apa untuk hidangan makan malam nanti?
Kalau ada pokok kari di rumah tu bolehlah cuba resipi daging goreng halba kari ini. Tapi kena juga ada halba campur baru sedap. Halba campur adalah terdiri dari berbagai jenis rempah dan kebiasaannya sering digunakan untuk menumis masakan kari ikan. Kombinasi daun kari dan halba campur membuat masakan daging goreng ini sedap dan wangi..

Jom cuba

image

Bahan-bahan:

1) 300g daging datang pinang (daging lembut)
2) 10 tangkai daun kari muda. Daun dihiris nipis
3) 5 ulas bawang putih dicuci bersih. Tidak dibuang kulit. Ketuk dan cincang
4) 1 1/2 sudu teh halba campur/rempah campur
5) Serbuk kunyit dan garam

Cara:

1) Gaul daging dengan kunyit dan garam
2) Tumis bawang putih hingga kekuningan
3) Kemudian masukkan halba campur dan daun kari
4) Masukkan daging dan goreng sehingga air daging kering

Kalau suka pedas boleh saja masukkan cili padi.

Selamat menjamu selera.

Bubur Nasi Daun Kari

As salam & hi all

Alhamdulillah, sejak beberapa hari ini kerap pula hujan. Kita patut bersyukur dengan kurniaan Allah swt ini. Rasanya bulan depan, air tidak lagi dicatu. Leganya..
Hari ini saya share satu lagi resipi yang mudah dan simple untuk dicuba. Jika semalam saya hidangkan masakan bergoreng, kali ini kita beralih pula kepada menu sihat. Sesuai dihidang pada bila-bila masa terutama di waktu sarapan.

Resipi ini dari maid yang berasal dari Sri Lanka. Katanya khasiat daun kari sangat baik untuk kesihatan badan dan di negaranya bubur nasi ini sering dimakan pada waktu sarapan. Katanya lagi hidangan ini dapat mencergaskan badan. InshaaAllah

image

Bahan-bahan:
1) 1 cawan beras. Masak nasi seperti biasa
2) 10 tangkai daun kari muda
3) 4 cawan air
4) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
6) 1/2 cawan santan kotak (saya guna kara)
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa

Cara:
1) Nasi dikisar dengan 3 cawan air. Kisar sekejap, anggaran 5 saat saja sebab tidak mahu nasi menjadi terlalu halus
2) Lurut daun kari, buang batang. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
3) Masak daun kari dengan nasi kisar sehingga mendidih
4) Masuk bawang merah dan bawang putih. Reneh nasi selama 15 minit
5) Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
6) Akhir sekali masukkan santan. Mendidih saja bolehlah padam api.

Bubur nasi daun kari ini menepati selera saya.. masakan ini juga sesuai untuk mereka yang merancang nak turunkan berat badan 🙂
Hidangan simple ini boleh juga dimakan bersama daging, sayur dan ikan bilis goreng.

Selamat mencuba

Selera Korea, Rasa Malaysia

Menu hari ini saya buat atas pemintaan anak, yang mahukan tteok digoreng. Umum mengetahui tteok ini merupakan makanan Korea yang biasanya dimasak dengan sos cili peram atau pun dimasukkan ke dalam sup. Tapi hari ini saya masak mengikut citarasa sendiri. Selera Korea, Rasa Malaysia hehe
Bagi saya sedap juga tteok digoreng bersama cendawan dan daging. Apatah lagi tteok ini rasanya kenyal, memang sesuai sekali kombinasi ini.

Tteok ini saya buat beberapa hari lepas dan disejuk beku. Resipi di sini

Jom try!

image

Bahan-bahan:
1) 7 batang Tteok dihiris menyerong. (satu adunan boleh dapat 10 batang tteok)
2) 15 cendawan portobello (kecil) dicuci dan perah buang air, kemudian dihiris kiub
3) 200g daging batang pinang dihiris nipis dan kecil
4) 5 ulas bawang putih diketuk dan
dicincang
5) 5 tangkai cili kering (cili kering ini pedas) dihiris dan dibuang biji
6) 1 tbsp sos tomato
7) 1 tbsp sos tiram
8) 1 tbsp kicap
9) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa

Cara:
1) Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan daging dan goreng sehingga hampir masak
3) Masukkan cili kering, cendawan, lada hitam dan garam. Goreng sehingga cendawan hampir kering
4) Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga rata
5) Akhir sekali masukkan tteok dan goreng sehingga kering.

Selamat menjamu selera.