Tempe berserai

Salam semua,

Hari ini saya sediakan resipi untuk peminat tempe.

Yummy!

image

Bahan-bahan:
1) 4 keping tempe dihiris dadu
2) 8 ulas bawang putih tanpa dibuang kulit, dibasuh bersih, diketuk dan dicincang
3) 10 biji cili kering dihiris dan dibuang biji
4) 3 batang serai diketuk.
5) Serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
6) Serbuk lada putih

Cara:
1) Tempe digaul kunyit dan garam secukup rasa.
2) Panas minyak dan goreng tempe
3) Kemudian masukkan bawang putih dan serai
4) Bila tempe hampir nak garing, masukkan cili kering
5) Tempe dah garing, tuang ke dalam penapis, toskan
6) Kemudian tabur serbuk lada putih secukupnya. Gaul sehingga rata

Bila makan dengan nasi, saya suka tempe digoreng sehingga garing dan sedikit masin..

Ulam Raja Kesum Lemak Berkicap

Salam semua.
Adakah anda suka makan ulam raja? Ulam raja kalau dimakan dengan sambal belacan atau sambal tempoyak tentu enak sekali, lebih-lebih lagi bila makan bersama nasi panas. Jika ada pula ikan bakar atau ikan goreng.. sungguh menyelerakan.

Selain dimakan sebagai ulam, ulam raja juga boleh dibuat urap atau digoreng. Namun begitu ulam raja perlu dimasak sehingga lembut, kalau tidak ia akan menjadi liat dan rasanya nanti kurang sedap.

Jom masak.. 🙂

image

1) 1/2 mangkuk besar ulam raja yang telah dihiris. Batang keras dibuang
2) 1/3 mangkuk kecil daun kesum
3) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 2~3 tbsp kicap lemak manis cap tamin
5) Cili padi dihiris nipis
6) 1/2 cawan air
7) 1/2 kotak kecil santan kara
8) Serbuk lada putih
9) Garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan air dalam periuk dan masukkan ulam raja
2) Bila ulam raja lembut, masukkan cili padi, bawang merah, daun kesum, santan dan kicap.
3) Mendidih saja, padam api
4) Akhir masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata

Khasiat: Ulam raja dikatakan herba untuk mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Sayuran
Khasiat makanan dan ubatan

Tteokguk

Salam semua.

Malam ini saya nak share satu resipi korea yang dipanggil tteokguk iaitu sup kek beras. Masakan yang mudah, campak semua bahan-bahan dan rebus. Tapi of course kena buat tteok dulu baru boleh masak tteokguk. Resipi tteok klik di sini. Hidangan ini perlu dimakan segera sebaik saja selesai dimasak sebab kalau dibiar lama tteok akan kembang. Resipi ini saya olah dari blog maangchi. Walaubagaimanapun saya tak dapat mengikut 100% kerana dirumah tiada sos ikan, daun bawang dan rumpai laut. Rasanya kalau ada semua bahan-bahan tu, mungkin tteokguk ini akan lebih sedap lagi. Tak ada pun sedap juga!

image

Bahan-bahan:

1) 5 batang tteok dihiris 1cm tebal menyerong
2) 300g daging batang pinang di potong dadu kecil
3) 5 cawan air
4) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
5) 2 biji telur diasingkan putih dan kuning. Telur kuning dibuat dadar nipis dan dihiris
6) 1 batang sayur leek dihiris menyerong
7) 2 pokok daun bawang dihiris
8) Cili merah & 1 keping rumpai laut yang telah diproses (macam rumpai laut untuk sushi) dipanas atas api dan ramas hingga hancur.
9) 1 tbsp minyak bijan & 1 tbsp sos ikan
10) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Caranya:

1) Masak air sehingga mendidih dan masukkan daging. Jangan dikacau. Buih daging dibuang supaya sup kelihatan cerah.
2) Masukkan bawang putih ke dalam sup daging dan kacau rata.
3) Telur putih dipukul dan masukkan ke dalam periuk daging dan jangan dikacau.
4) Kemudian masukkan leek, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam
5) Akhir sekali masukkan tteok dan masak sehingga mendidih. Kacau sehingga rata dan padam api
6) Hiaskan tteokguk dengan hirisan telur dadar, rumput rumpai, daun bawang dan cili merah.
Kalau tteok disejuk beku, cairkan aisnya dulu sebelum dimasak.

Selamat mencuba.