Herba Tarragon

Tarragon, yang dikenali sebagai “raja herba” di Perancis, digunakan secara meluas untuk perisa terutamanya dalam masakan Mediterranean. Ia tumbuhan aromatik yang kaya dengan fitonutrien dan antioksidan.

Herba tarragon telah digunakan juga sebagai ubat tradisional untuk merangsang selera makan dan mengurangkan gejala anorexic. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, kembung perut, gout, insomnia, loya, rheumatism, pencernaan dan membantu mengurangkan sakit gigi dan gusi (kunyah beberapa helai daun segar tarragon dan pesnya diletakkan dibahagian gigi yang sakit. Ini akan memberi rasa kebas pada gigi yang sakit)

image

Tarragon segar mempunyai rasa yang sangat kuat dan biasanya sedikit saja tarragon dimasukkan pada saat akhir dalam masakan untuk mengekalkan rasa.

Teh Terragon:
1 1/2 tsp daun kering terragon direndam dalam 1 3/4 cawan air panas selama 40 minit (tutup cawan), tapis dan minum semasa masih suam dan sejam sebelum masuk tidur. Teh tarragon dikatakan dapat membantu merawat insomnia.

Kalau ada masalah nafas berbau, kunyah daun terragon boleh menyegarkan nafas.. 🙂

Sumber:
1) The Desktop Guide to Herbal Medicine
2) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices

Ketumpang Air

Saya baru tahu yang pokok ketumpang air ini boleh dibuat salad atau makan sebagai sayur. Selama ini ingat, minum air rebusannya saja. Pokok ini senang tumbuh terutama dicelah-celah batu di kawasan lembap. Di rumah saya, dalam pasu pun tumbuh, bercambah 🙂

Pokok ketumpang air ini ada sedikit bau wangi dan bagi saya air rebusannya tak sedap tapi bolehlah diminum. Ia boleh melegakan gout, arthritis dan untuk jangkitan saluran kencing.

POKOK KETUMPANG AIR
image
Di Filipina, pokok ketumpang air digunakan untuk gout dan arthritis. 1 cawan pokok ketumpang air direbus dengan 2 cawan air dan minum satu cawan pagi dan satu lagi diwaktu petang.

image
Air rebusan pokok ini boleh melegakan sakit kepala, sakit perut dan masalah buah pinggang. Ia juga digunakan untuk bilas muka jika ada masalah kulit.

Ketumpang air boleh dibuat ulam, mmm… nanti nak cuba, insyaAllah 🙂


Health benefits of shiny bush

Shiny Bush

Gobo, Tonik darah?

image
Gobo (Burdock) baik untuk penghadaman dan nyah toksik. Melegakan bengkak sendi dan mengurangkan keradangan seperti gout, arthritis dan rheumatism.

Menurut Bartram’ s encyclopedia of herbal medicine:
Gobo merupakan tonik untuk darah yang sangat berkesan.

Sup kesukaan saya, mudah dan simple.

image
Bahan- bahan: 5 batang gobo (kering), 6 ubi kentang, 1 labu bawang besar dan 3 ketul ayam.

image
Ubi kentang dipotong kiub

image
Selepas saya rebus gobo + 3 mug air selama 30 minit diatas api yang kecil, saya masukkan ayam, ubi kentang dan bawang yang dihiris kecil. Biarkan atas api kecil selama 30 minit lagi. Dah masak, isi ayam dicarik dan masukkan kedalam sup. Akhir sekali masuk garam dan lada hitam secukup rasa.

image

Gobo juga menambah rasa sedap sup. Terdapat yang ‘fresh’ dijual di supermarket. Saya suka beli yang kering sebab boleh simpan lama.
Kalau ada gobo dirumah, cuba le resipi ini 😉