Khasiat Temu Lawak

Pokok temu lawak dipercayai berasal dari Negara India. Ia ditanam dengan menggunakan kepingan rizom. Selain digunakan bagi tujuan perubatan, ia juga di masukkan kedalam masakan sebagai perisa masakan. Ada juga yang makan temu lawak sebagai pembuka selera.

Temu lawak mempunyai rasa sedikit pedas dan aromatik. Pelbagai bahagian temu lawak digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia adalah stimulan, tonik umum, tonik perut dan anti radang. Temu lawak berkesan merawat gangguan penafasan, mengeluarkan angin dari perut dan usus, meningkatkan proses pencernaan, menghapus jangkitan yang berlaku didalam badan, memecah darah beku dan merawat bengkak. Ia juga berkeupayaan membersihkan darah dan menyahkan toksin badan. Selain itu temu lawak juga dikatakan dapat menguatkan otot rahim dan baik untuk meningkatkan sistem imun.
Temu lawak tidak mempunyai kesan toksik apabila digunakan dalam dos biasa. Namun begitu, pengambilan temu lawak berlebihan boleh mendatangkan kemudharatan pada kesihatan seperti sakit kepala, mual dan muntah, menyebabkan sawan dan pitam.

RIZOM TEMU LAWAK

1448546278785
Temu Lawak juga digunakan sebagai ubat pupuk pada luka, ulser dan penyakit kulit.

Rujukan:

Curcuma zedoaria

Ong Hean Chooi: Rempah Ratus
Khasiat Makanan & Ubatan

Bunga Kantan

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. 🙂