Sambal Tumis Udang Cilantro

Assalamualaikum

Menu hari ini ialah Sambal Tumis Udang Cilantro. Seperti biasa, setiap kali saya masak sambal tumis saya akan ikut resipi kegemaran saya iaitu Sambal Tumis Bawang dan untuk memberi kelainan rasa pada masakan ini saya masukkan daun ketumbar.

Saya suka masukkan daun ketumbar/cilantro ke dalam masakan. Selain ia mampu memberi satu rasa yang unik, daun ketumbar juga membuat rasa masakan menjadi sedap.

image

Bahan-bahan:

1) 120g bawang merah dihiris nipis
2) 15g bawang putih dihiris nipis
3) 18tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 15g gula melaka
5) 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
6) 1 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1/2 cawan minyak. Saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis
9) 12 ekor udang besar
10) 25g daun ketumbar/cilantro dihiris 2cm

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat.
4) Masukkan udang dan daun ketumbar. Kacau sekejap sehingga udang masak
5) Akhir sekali bolehlah senduk buang lebihan minyak.

Selamat mencuba.

Ayam Cilantro

Assalamualaikum.

Hidangan hari ini Ayam Cilantro

Jom cuba…
image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dibuang kulit dan potong kecil
2) 5 sudu besar (tbsp) minyak masak
3) 200g bawang merah dihiris nipis
4) 1 cawan air
5) 1 cawan susu cair
6) 50g cilantro/daun ketumbar dihiris sederhana besar
7) 2 keping asam gelugur

Bahan: Kisar lumat

1) 35 tangkai cili kering dibuang biji dan rendam air panas sekejap
2) 5cm halia muda
3) 5cm lengkuas
4) 2 batang serai
5) 4 ulas bawang putih
6) 4 biji buah keras di cincang
7) 1 sudu teh (tsp) serbuk jintan manis
8) 1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
9) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga perang
2) Masukkan bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan 1 cawan air. Bila mendidih masukkan ayam
4) Bila ayam sudah masak, masukkan susu, cilantro/daun ketumbar dan garam secukup rasa.
5) Mendidih sekejap padam api.

Terung Cilantro

Resipi sihat untuk dihidangkan kepada keluarga. 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 3 biji terung dibelah dua. Direbus dan jangan masak sehingga lembik.
2) Bila terung dah suam bolehlah dihiris
3) 1/2 mangkuk daun ketumbar/cilantro yang telah dihiris
4) 1 biji bawang besar dihiris nipis
5) Cili padi dihiris nipis
6) jus lemon secukup rasa
7) 1 sudu besar minyak bijan
8) Garam dan serbuk kasar lada hitam secukup rasa.

Cara:
1) Bahan 3 ~ 7 diramas dan gaul sehingga sebati.
2) Kemudian masukkan terung dan akhir sekali garam dan lada hitam. Gaul sehingga rata.

Selamat mencuba.