Assalamualaikum

Menu hari ini ialah Sambal Tumis Udang Cilantro. Seperti biasa, setiap kali saya masak sambal tumis saya akan ikut resipi kegemaran saya iaitu Sambal Tumis Bawang dan untuk memberi kelainan rasa pada masakan ini saya masukkan daun ketumbar.

Saya suka masukkan daun ketumbar/cilantro ke dalam masakan. Selain ia mampu memberi satu rasa yang unik, daun ketumbar juga membuat rasa masakan menjadi sedap.

image

Bahan-bahan:

1) 120g bawang merah dihiris nipis
2) 15g bawang putih dihiris nipis
3) 18tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 15g gula melaka
5) 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
6) 1 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1/2 cawan minyak. Saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis
9) 12 ekor udang besar
10) 25g daun ketumbar/cilantro dihiris 2cm

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat.
4) Masukkan udang dan daun ketumbar. Kacau sekejap sehingga udang masak
5) Akhir sekali bolehlah senduk buang lebihan minyak.

Selamat mencuba.

4 thoughts on “Sambal Tumis Udang Cilantro

  1. Saya belum pernah masak sambal bubuh daun ketumbar, tapi kalau goreng sotong atau udang, ayam & ikan selalu saya bubuh, anak-anak dah tak asing dengan daun ketumbar. Nanti boleh cuba resepi begini. Tq for sharing 🙂

    1. Saya pun macam Amie juga, biasakan keluarga dengan daun ketumbar sehingga daun ini menjadi kegemaran mereka.
      Daun ketumbar sangat berkesan untuk menyahkan bahan toksik yang terdapat dalam organ badan, bagus kita amal mengambil daun ini selalu, inshaaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s