Daun Asam Rebus

Daun Asam ini rasanya masam dan biasanya dimasak bersama dengan ikan sungai untuk menghilangkan bau hangyir ikan. Pucuknya boleh dibuat ulam, tapi saya kurang suka sebab ada terasa sedikit lendir.

Selain dimasak rebus daun ini sedap juga kalau dibuat masak lemak dengan ikan sungai 🙂
image

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 ikat daun asam; dapat 1 mangkuk besar
2) 6 ketul kecil ikan masin kurau
3) 1/2 tsp biji lada hitam
4) Cili padi
5) 1 labu bawang besar

Saya masak 2 cawan air. Kalau nak kurangkan masam tambahlah air. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk dengan lada hitam. Dah mendidih masukkan ikan masin kurau. Bila ikan dah masak barulah masukkan daun asam dan bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga daun asam menjadi lembut.

Kalau belum pernah makan daun asam ini, cubalah. Bagi saya daun ni memang sedap. 🙂