Telur Dadar Daun Cili

Di rumah saya ada 4 pokok cili padi dan semuanya dah mengeluarkan hasil. Selain diambil cili, saya juga suka masak daunnya.

Daun cili kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Air rebusan daun cili diminum untuk merawat asma, batuk, selsema dan mencuci luka. Manakala makan cili padi merangsang edaran darah, penghadaman dan mampu mengurangkan risiko pembekuan darah.

Anyway for lunch, saya masak telur dadar daun cili. Daun cili tidaklah seperti daun-daun lain yang mempunyai bau. Bagi saya ia sedap bila dimasak dan dimakan dengan sambal.

POKOK CILI PADI KAMPUNG
image

POKOK CILI PADI INI, CILI DAN DAUN LEBIH BESAR DARI CILI PADI KAMPUNG
image

HASIL TUAIAN
image

DAUN CILI, boleh dibuat ubat pupuk untuk kegunaan sakit kepala dan ulser.
image

TELUR DADAR DAUN CILI.
image
Saya cuma pukul 5 biji telur dan masukkan
1) Semangkuk daun cili yang telah dihiris
2) 1 labu kecil bawang besar dihiris
3) Cili merah yang ditumbuk
4) Garam secukup rasa.

Goreng seperti biasa cuma perlu guna minyak lebih sikit. Oleh kerana dimasukkan banyak daun cili, saya perlu berhati-hati ketika nak balikkan telur supaya telur dadar tidak pecah.

Ok, selamat menjamu selera.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Rempah Ratus
Khasiat Makanan & Ubatan.

Masak bening daun cili

Salah satu hidangan sayuran untuk berbuka ialah masak bening daun cili padi.

DAUN CILI PADI
image

image

MASAK BENING DAUN CILI.
image
Bahan cuma: Ikan bilis, bawang putih, cili padi dan serbuk kasar lada hitam. Ditumbuk dan rebus, akhir sekali baru masuk daun cili & garam. Masak sekejap saja. Mudah kan? Dan berkhasiat!

Kalau ada pokok cili di rumah bolehlah cuba masak daun ni. Boleh juga buat masak lemak, sedap juga..

Ok selamat menjamu selera. 😉