Daging Goreng Daun Kesum

Assalamualaikum

Untuk entri hari ini, saya sediakan daging goreng daun kesum.
Masakan yang simple tapi begitu digemari anak lelaki saya. 😀

Jom try..
image

Bahan-bahan:
400g daging lembut/batang pinang dihiris. Gaul dengan garam kunyit
8 ulas bawang putih
Cili padi dihiris nipis
50g kesum. Batang dibuang. Daun dihiris kecil
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Minyak masak

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang kekuningan
2) Kemudian masukkan daging, lada hitam dan daun kesum. Goreng sehingga daging garing