Daikon biasanya dipanggil white radish atau lobak putih ini kaya dengan antioksidan, asid folik, vitamin C, B kompleks,fosforus dan anthocyanins. Nutrien ini sangat berkesan melawan kanser. Kandungan serat yang tinggi berkesan merawat buasir dan sembelit.
Enzim yang terkandung dalam jus daikon boleh melarutkan lendir dan kahak dalam sistem penafasan, sangat baik bagi pesakit asma dan jangkitan bronkial serta masalah resdung. Para saintis di Jepun telah menemui bahawa jus daikon membantu menghalang pembentukan karsinogen dan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Ia juga boleh membantu sistem penghadaman dan bermanfaat pada fungsi pundi hempedu dan hati serta berkesan merawat jaundis dan jangkitan saluran kencing. Daikon juga baik untuk mendetoksifikasikan badan.
Baru-baru ini saya masak kek daikon.
Inilah daikon
Daikon selepas disagat
Bila daikon dah masak ia akan kelihatan cerah
Hmm..dah pun masak daikon cake ini, lama juga menunggu ia dikukus. Dapat 2 bekas kecil π
Daikon cake dah pun digoreng, masakan ini selalunya dipanggil ‘fried carrot cake’.
Mesti goreng hingga garing baru sedap.
Resipi fried carrot cake
Bahan untuk daikon cake
1) 2 batang daikon yang dibuang kulit
2) 1 cawan air untuk tepung
3) 1 1/2 cawan air untuk rebus daikon
4) 2 cawan tepung beras
5) 3 tbsp tepung ubi kayu
6) Garam secukup rasa.
Caranya:
1) Daikon di sagat nipis dan direbus dengan 1 1/2 cawan air. Bila dah menggelegak, kecilkan api dan tutup periuk, masak selama 30 minit.
2) Campur tepung beras, tepung ubi dan masukkan 1 cawan air. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Tapiskan adunan supaya tidak ada ketulan tepung.
3) Bila daikon dah masak, tutup api dan masukkan adunan tepung dan kacau hingga rata.
4) Masukkan adunan daikon ke dalam bekas yang telah diminyakkan terlebih dahulu dan kukus selama 1 jam 30 minit. (Pastikan air dalam pengukus mendidih dahulu sebelum masukkan adunan daikon)
5) Dah masak keluarkan daikon kek dari pengukus dan biarkan sejuk
6) Simpan dalam peti sejuk dan esoknya bolehlah potong dan goreng
Fried Carrot Cake:
1) Sedikit minyak untuk menggoreng, bawang putih, bawang besar, pes cili kering, kicap dan garam secukup rasa.
2) 1/2 bahagian daikon cake (daripada1 bekas), 2biji telur (lebih telur lagi sedap) dan daun bawang untuk ditabur ke atas carrot cake.
3)Tumis bawang hingga kekuningan, masukkan pes cili, kicap dan garam. kemudian masukkan daikon cake yang telah dipotong kiub, kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan telur dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga garing.
Carrot cake ni lembut, jadi masa menggoreng kena berhati dan sebaiknya daikon cake dipotong kecil.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera π
Aunty x specific pun bahan2 untk fried carrot cake tu brp byk…pastu, daikon tu bila dh dikukus dgn bancuhan tepung, akan terus cair atau masih akan nmpak hirisan dia? Ini fried carrot cake yg mcm org cina msak tu ke?
Aunty tak specify bahan2 untuk fried carrot cake tu sebab mcm goreng mee jer.Bila dah kukus lama hirisan daikon akan sebati dgn tepung.Yes fried carrot cake tu mcm orang cina masak. Nak sedap kena goreng garing.
Daikon ni lobak Putih ke
Daikon ialah lobak putih. π
boleh cube ni. slalu tgok org cina masak ni kat AFC…teringin nk rase camne rasenye…:)
Asiah, carrot cake tak ada rasa sangat.. sebenarnya sedap atau tidak bergantung pada cara kita goreng carrot cake ini. Bagi saya masakan ini kena masukkan banyak telur dan goreng garing dan kalau kena gaya goreng, carrot cake ini memang sedap. π