Ketumpang Air

Saya baru tahu yang pokok ketumpang air ini boleh dibuat salad atau makan sebagai sayur. Selama ini ingat, minum air rebusannya saja. Pokok ini senang tumbuh terutama dicelah-celah batu di kawasan lembap. Di rumah saya, dalam pasu pun tumbuh, bercambah 🙂

Pokok ketumpang air ini ada sedikit bau wangi dan bagi saya air rebusannya tak sedap tapi bolehlah diminum. Ia boleh melegakan gout, arthritis dan untuk jangkitan saluran kencing.

POKOK KETUMPANG AIR
image
Di Filipina, pokok ketumpang air digunakan untuk gout dan arthritis. 1 cawan pokok ketumpang air direbus dengan 2 cawan air dan minum satu cawan pagi dan satu lagi diwaktu petang.

image
Air rebusan pokok ini boleh melegakan sakit kepala, sakit perut dan masalah buah pinggang. Ia juga digunakan untuk bilas muka jika ada masalah kulit.

Ketumpang air boleh dibuat ulam, mmm… nanti nak cuba, insyaAllah 🙂


Health benefits of shiny bush

Shiny Bush

Sup Ayam Kacang Hitam

Kacang hitam adalah salah satu makanan yang berkhasiat kerana ia menyediakan nutrien yang baik untuk tubuh badan. Ia kaya dengan serat dan protein baik untuk kesihatan saluran penghadaman terutamanya kolon.
Kajian juga mendapati pengambilan kacang hitam mengurangkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia membantu mengawal paras glukosa badan, paras kolesterol dan banyak jenis penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Kacang hitam mengandungi purines. Purines adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. Pengambilan purines berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Purines boleh membentuk uric acid dan pengumpulan lebihan purines boleh menyebabkan pengumpulan lebihan uric acid yang menyebabkan gout atau pembentukan batu karang. Sekiranya anda mengalami gout atau batu karang, adalah baik tidak mengambil kacang dalam diet. 😦

KACANG HITAM
image

Terdapat 2 cara untuk rendam kacang hitam bagi mengurangkan raffinose (dikaitkan dengan menyebabkan kembung perut).
1) Rebus selama 2 minit dan tutup api. Biarkan dalam periuk yang ditutup selama 2 jam. Kemudian tapis.
2) Rendam kacang hitam selama 8 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Sebelum masak bilas terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun ada berpandangan air rendaman mengandungi nutrien. Jadi sekiranya tidak ada masalah kembung perut bolehlah ambil air rendaman untuk dimasak.

SUP AYAM KACANG HITAM, my favourite. 😉
image
Saya rebus 1 cawan kacang hitam dan air rendamannya selama 1 jam/hingga empuk dan kemudian masukkan 1/2 ekor ayam kampung. Rebus hingga masak. Tutup api baru masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam dan garam secukup rasa.

I had this for lunch yesterday. 🙂


WHFoods: Black Beans

Bunga Kantan

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. 🙂