Limau Kasturi

Siapa sangka buah yang sekecil limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.

Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

image

Selain Floretin-G,limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Hmm..rasanya yang masam tapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. 🙂

Rujukan:
Berita Harian 1 Jun 2013
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan.

MSG

Monosodium glutamate (MSG) : Adakah ia berbahaya?

MSG adalah penambah perisa yang biasanya dimasukkan ke dalam pelbagai jenis makanan. Ia adalah neurotoksin yang sangat berbahaya yang boleh mengecut dan membunuh sel-sel otak (MSG telah dilabelkan excitotoxin kerana ia adalah sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan sel otak menjadi lebih terangsang tanpa kawalan yang membawa kepada kematian sel). Jika anda tahu anda bertindak balas terhadap MSG, anda harus mengelak dari mengambilnya…

Banyak kesan tidak baik yang telah dikaitkan dengan pengambilan MSG yang banyak dan kerap, termasuk:
Obesiti, kerosakan mata, sakit kepala, keletihan dan kekeliruan serta kemurungan.
Simptom MSG boleh melibatkan gejala seperti kebas, kesemutan, sakit dada atau kesukaran bernafas, loya, denyutan jantung yang laju, mengantuk dan lemah.

Menurut Barthram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Monosodium glutamate syndrome: Pengambilan berlebihan monosodium glutamate (MSG) boleh meningkatkan paras garam dalam badan dan menyebabkan sakit dilengan, leher, bahu dan tulang belakang.

Okay, tu je lah sedikit info tentang MSG dan sekarang jom tengok pula resipi sup ayam yang saya masak semalam. Yang pasti, ianya bebas dari MSG hehe..

SUP AYAM SUKUN
image

Bila tidak ada selera nak makan atau pun badan rasa tidak sihat cubalah masak sup ini, memang menyelera dan menyegarkan, insyaAllah 🙂

Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung
2) 2 biji buah tomato di belah 4
3) 1/2 tbsp halba, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan tumbuk hancur lumat
4) Serbuk lada hitam
5) Buah sukun/ubi kentang, terpulang banyak mana nak masak.
6) Sedikit daun dill segar, dihiris

Caranya;
Didihkan air dan masukkan bahan 1~3 dan biarkan di atas api sehingga ayam hampir masak dan kemudian baru masukkan buah sukun. Saya suka masukkan banyak halba dan kalaulah terasa pahit, perlulah tambah air ke dalam sup. Bila dah masak padamkan api dan tabur daun dill, serbuk lada hitam dan akhir sekali garam secukup rasa.

Selamat mencuba. 😀

Nasihat dari penaja: Kurangkanlah pengambilan MSG…