Ikan Masin Kurau & Rempah Campur

Ikan masin kurau adalah favourite kami sekeluarga. Saya jarang masak ikan masin tapi sekali sekala tu bila dah masak memang makan nasi akan bertambah-tambah! Kadang-kadang tu saya suka juga masukkan sedikit ikan masin ke dalam salad atau sayur, sedap hehe…

Mari tengok masakan ikan masin kurau.. 😉

image

image

Bahan-bahan:

1) 10 ketul kecil ikan masin kurau
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis
4) 1 sudu teh rempah campur/halba campur
5) 5 tangkai daun kari diraut
6) Jus lemon

Cara masak:
1) Goreng ikan masin hingga masak dan toskan
2) Panaskan minyak (jangan guna minyak ikan masin) dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah campur dan daun kari. Kemudian masukkan jus lemon secukup rasa.
3) Akhir sekali masukkan ikan masin ke dalam bahan rempah dan goreng sekejap.

Hmmm….saya suka bau masakan ini dan sedap dimakan dengan nasi putih panas, menyelerakan 🙂

Daun Peria Pantai

Daun Peria Pantai mudah dikenali kerana ia berkilat. Rasanya sedikit pahit dan lemak. Biasanya daun mudanya dicelur dan dimakan bersama sambal. Ada juga yang gemar buat masak lemak atau masak bening.

Daun ini dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah dan mengawal gula dalam darah. Bagi setengah orang daun peria pantai boleh mendatangkan masalah angin dalam badan dan cirit birit kalau makan berlebihan.

Hidangan kegemaran anak saya..
Meh tengok resipi peria pantai. 🙂

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk pucuk peria pantai yang telah dicelur dan ditoskan.
2) 1 tbsp minyak bijan
3) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering. Kalau suka pedas tambah serbuk cili kering..
4) 1/2 biji lemon, nak masam lebihkan jus lemon.
5) 3″ ikan masin kurau, dihiris kecil dan nipis
6) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
7) 1 tsp bijan yang digoreng tanpa minyak.

Caranya:
1) Campurkan semua bahan 1~ 4 dan masukkan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
2) Goreng ikan masin dan bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian tos kan.
3) Masukkan bahan yg digoreng dan biji bijan ke dalam pucuk peria pantai dan gaul sehingga rata..

Selamat menjamu selera 🙂

Nasi goreng Kerabu

Kali pertama saya masak nasi goreng kerabu ikan masin. Hmm.. suami dan anak lelaki saya kata sedap!! Resipi ni kawan bagi pagi tadi ketika kami jamu selera di kaki bukit selepas bersenam ( hari ni rakan2 yang sama naik bukit menganjurkan jamuan hari raya secara potluck) Ramai yang hadir dan terdiri dari berbilang kaum. Suasana sangat riang dan mesra sekali…

image
Saya hiris nipis daun kesom, limau purut, daun selasih, 1 bunga kantan dan 1 batang serai (saya buang semua lapisan keras), ikan masin (kurau) digoreng, cili padi dan bawang putih.
(kawan saya masukkan bawang merah)

image
saya kisar cili padi + bawang putih + ikan masin, kasar (jangan terlalu halus). Kawan saya tumbuk semua bahan2 ni. Saya, sebab terlalu rajin, kisar je..hahaha

image
Tumis bahan yang dikisar

image
Masukkan nasi dan kacau bagi sebati

image
Masukkan ulam yang telah dihiris nipis dan gaul rata

image
Saya tabur ikan bilis. Pada pandangan saya, kalau nak masak nasi goreng kerabu boleh masukkan macam-macam jenis ulam kegemaran tapi daun limau purut kena ada sebab daun ni membuat nasi lebih sedap. Bagi saya resipi ni memang best dan jangan lupa buat sambal belacan! 😉