Ikan Tenggiri Masak Lemak Tumis

Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi resipi yang sering juga saya masak untuk keluarga.
Ikan tenggiri masak lemak tumis adalah antara masakan kegemaran kami. 😀

image

Bahan-bahan:

1) 2 keping ikan tenggiri
2) 2 batang serai diketuk
3) 1/2 cawan santan kotak kara
4) 1 cawan air
5)1 keping asam gelugur
6) Minyak masak untuk menumis
7) 1 helai daun kunyit dihiris nipis
8) Garam secukup rasa

Bahan Kisar

1) 15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam air panas
2) 8 biji buah keras
3) 5 ulas bawang merah
4) 3 ulas bawang putih
5) 2 sudu teh serbuk jintan manis
6) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
7) 1/2 cawan air

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit minyak
2) Masukkan asam gelugur dan 1 cawan air dan masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan ikan
3) Akhir sekali masukkan santan, daun kunyit dan garam

Selamat mencuba

Daging Masak Lemak Lengkuas

Assalamualaikum

Malam ini saya nak kongsikan resipi yang pada saya cukup mudah penyediaannya….

image

Bahan-bahan:

1) 400g daging lembut/batang pinang dipotong tiga
2) 2/3 cawan air
3) 100g bawang merah dihiris nipis
4) 25g bawang putih dihiris nipis
5) 50g lengkuas dihiris sederhana nipis
6) 25g serai diketuk
7) 1 1/2 cawan air
8) 2/3 cawan santan kotak kara
9) 10 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
10) 1/2 sudu teh (tsp)serbuk kunyit
11) 1 sudu besar (tbsp) kerisik
12) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
13) Garam secukup rasa

Cara:

1) Rebus daging bersama 2/3 cawan air sehingga masak. Toskan
2) Daging dihiris nipis
3) Masukkan daging dan bahan 3~13 ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih

Sauerkraut Daging Masak Lemak

Assalamualaikum..

Ada beberapa teman saya bertanya, masakan apa yang sedap dibuat dengan sauerkraut?
Bagi saya berbagai menu boleh kita buat dengan sauerkraut antaranya sauerkraut daging masak lemak.

Masakan ini diberi ‘thumbs up’ oleh anak saya ♡
Resipi seperti di bawah…

image

Bahan-bahan

1) 120g daging lembut/batang pinang dipotong kiub kecil
2) 1 cawan air
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 2 biji tomato dibelah empat
5) 2 biji cili padi merah dihiris nipis
6) 1/2 cawan santan kotak kara
7) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
8) 1 cawan sauerkraut
9) Garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan bahan 1~5 ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga daging masak. Kecilkan api
2) Masukkan santan, sauerkraut dan lada hitam. Biarkan mendidih sekejap kemudian bolehlah padam api.

SAUERKRAUT
image

Cara membuat sauerkraut:
Sila klik link

https://kasihilmar.com/2014/07/16/sauerkraut/