Masak Lemak Daun Mulberi

Daun Mulberi
image
Khasiat:
Minum air rebusan daun mulberi menyegarkan badan dan mengubati kencing manis

Rujukan:
Dr. Khalid Gadd: Ensiklopedia Pengubatan Herba

Daun mulberi sesuai dibuat masak lemak.
image

Mula-mula, daun mulberi direbus sehingga lembut. Ditoskan (sedap juga makan cicah dengan sambal) dan kemudiannya barulah dimasak seperti biasa.

Untuk membuat hidangan ini, masak air dan masukkan cili padi, serbuk kunyit dan ikan bilis yang telah ditumbuk hancur sehingga mendidih. Kemudian masukkan daun mulberi, serai yang diketuk, santan dan akhir sekali garam secukup rasa.

Kalau ada pokok mulberi di perkarangan rumah dan tak pernah masak daunnya, bolehlah dicuba.. 🙂