Pengat Pisang Tanduk & Oat

Minggu lepas awal pagi lagi saya telah pergi ke pasar tani. Selain beli ikan dan daging serta barang keperluan yang lain saya juga turut beli 2 biji pisang tanduk. Esok harinya saya goreng sebiji. Tetapi yang satu lagi tu tersadai beberapa hari di atas meja dapur sehingga warna kulit pisang pun dah berubah hehe.. Tapi kan, biasanya pisang tanduk ni tidak seperti pisang lain, ia lambat rosak. 

Sambil terpandang pada pisang itu terasa teringin pula nak makan pengat. Jadi petang tadi, saya pun buatlah pengat pisang. Selalunya kalau buat pengat pisang, saya akan campurkan sedikit sago tapi kali ini saya guna oat.

Habis licin! Tak sangka pula rasanya sedap … tambahan pula oat kaya dengan fibre dan ianya baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

1 biji pisang tanduk
3 sudu besar penuh oat segera (instant oatmeal)
1 1/2 sudu besar gula perang / terpulang pada citarasa
1/2 cawan santan kotak (saya guna kara)
2 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:

1. Pisang dipotong mengikut citarasa
2. Masukkan air, gula dan pisang ke dalam periuk. Masak sehingga pisang lembut
3. Masukkan oats dan kacau rata.
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Bila mendidih padam api.

Advertisements

Pisang Bakar.

Dessert untuk berbuka, kesukaan keluarga saya…

Jom tengok cara buatnya.

PISANG TANDUK LADA HITAM BAKAR

 

1448959891249

Panaskan oven 190°C
Mesti guna pisang tanduk yang dah masak/ranum baru sedap.

Bahan-bahan:
1) 2 biji pisang tanduk
2) 100g butter
3) Madu/gula ~ ikut suka manis
4) Sedikit garam
5) Tabur banyak serbuk kasar lada hitam baru sedap

Caranya:
1) Terpulanglah nak hiris pisang macam mana.
2) Panaskan butter di atas api yang kecil dan bila dah cair masukkan madu, garam dan pisang. Kacau perlahan dan tabur lada hitam sehingga rata.
3) Kemudian bakar selama 30~40 minit. Sekali sekala kena balik-balikan.

mmm…sedap! 😀

Puding Pisang Tanduk

Hari ini saya buat puding pisang tanduk untuk berbuka puasa.

Jom tengok dessert ini.

image

Bahan-bahan:

1) 2 biji pisang tanduk dipotong kecil
2) 1 senduk gula molasses
3) 1 cawan air
4) 2 oz butter
5) 4 tbsp tepung ubi kayu + 1/4 cawan air
6) Garam secukup rasa.

Cara:
1) Masak pisang, gula molasses, butter,air dan garam sehingga pisang menjadi separuh lembut.
2) Kemudian masukkan tepung ubi dan kacau sehingga rata.

Puding ini sedap dimakan sejuk.

Ok selamat mencuba.. 🙂