Minggu lepas awal pagi lagi saya telah pergi ke pasar tani. Selain beli ikan dan daging serta barang keperluan yang lain saya juga turut beli 2 biji pisang tanduk. Esok harinya saya goreng sebiji. Tetapi yang satu lagi tu tersadai beberapa hari di atas meja dapur sehingga warna kulit pisang pun dah berubah hehe.. Tapi kan, biasanya pisang tanduk ni tidak seperti pisang lain, ia lambat rosak. 

Sambil terpandang pada pisang itu terasa teringin pula nak makan pengat. Jadi petang tadi, saya pun buatlah pengat pisang. Selalunya kalau buat pengat pisang, saya akan campurkan sedikit sago tapi kali ini saya guna oat.

Habis licin! Tak sangka pula rasanya sedap … tambahan pula oat kaya dengan fibre dan ianya baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

1 biji pisang tanduk
3 sudu besar penuh oat segera (instant oatmeal)
1 1/2 sudu besar gula perang / terpulang pada citarasa
1/2 cawan santan kotak (saya guna kara)
2 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:

1. Pisang dipotong mengikut citarasa
2. Masukkan air, gula dan pisang ke dalam periuk. Masak sehingga pisang lembut
3. Masukkan oats dan kacau rata.
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Bila mendidih padam api.

2 thoughts on “Pengat Pisang Tanduk & Oat

  1. Tidak pernah terfikir untuk campur oats kedalam pengat…satu idea yang sungguh baik dan menjadikan hidangan pengat lebih berkhasiat…InsyaAllah akan saya cuba…tkasih Kasih Ilmar kerana kongsi resepi ini, moga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s