Teh herba untuk minuman petang

Beberapa bulan lepas, kawan ajak saya ke Sungai Buloh untuk beli pokok bunga. Masa tu cuma fikir nak beli pokok herba je. Bila terpandang pada pokok orkid kawan, saya jadi berkenan pulak pada bunga tu, beli la 3 pasu. Alhamdulillah pokok orkid masih segar hingga kini, walaupun begitu cuma satu pasu saja yang masih berbunga.. 🙂
Selain pokok bunga orkid, saya juga beli 8 jenis pokok herba. Ketika tu punya le bersemangat nak tanam herba. Dah lama rancang dengan my only son, nak suruh dia cangkul tanah, buat petak-petak khas untuk herba, konon nak buat satu sudut ditepi rumah sebuah taman mini herba bermula dengan 8 pokok ni. Dulu plan, kalau herba-herba ni hidup subur, segar bugar dan matang boleh le tuai daun-daun nya, keringkan dan simpan. Malangnya impian nak buat taman herba ni tak kesampaian. My only son sibuk dan saya pun sibuk juga hehe… pokok herba yang ada tu pun dah layu dan kering. Nampaknya kena beli semula pokok herba kalau nak jayakan rancangan yang belum menjadi ni.

Anyway baru-baru ni beli 4 jenis daun herba yang telah dikeringkan. Dah lama tak beli peppermint (pudina) dan sage. Stinging nettle (jelatang) dan dandelion,herba kesukaan saya,sentiasa ada stok di rumah, selalu beli yang dalam kapsul.

image

Organic herbs. 😉 Dalam entri sebelum ni pernah tulis tentang khasiat dan manfaat herba stinging nettle, dandelion, sage dan pudina terhadap kesihatan badan.

image
Pudina

image
Hmm…smell so good!!
Apa yang special sangat teh herba-herba ni? Selain baik untuk badan, saya minum kerana ia sedap 😉 tiap kali minum rasa puas dan boleh hilang dahaga serta merta…Kalau tak sedap, mungkin rasanya tak minum . Buat apalah nak kerut-kerutkan muka, minum air yang tak sedap, kecualilah kalau terpaksa… Ye tak? Baguslah juga minuman petang saya kini teh herba, dah selalu sangat ambil herba dalam bentuk kapsul.

Wouldn’t all of you like to try.
Be adventurous! Anyway, it’s healthy. 😀

khasiat Pudina

Herba pudina mempunyai banyak nilai pemakanan dan ia digunakan secara meluas untuk merawat beberapa jenis penyakit.

Nilai perubatan pudina adalah disebabkan kandungan menthol, menthone dan ester menthyl. Sifat karminatif pudina boleh membantu senak, kembung perut dan sakit perut. Pudina mengandungi sejumlah besar mineral dan vitamin.

Pudina membantu meningkatkan penghadaman dan mengatasi masalah angin yang berlebihan di dalam perut, merawat jangkitan saluran kencing, kekejangan perut, selsema, cirit birit, dan menyegarkan nafas.

image
Selalunya bila nak minum teh pudina, saya beli yang telah dikeringkan dan organik.

Buku ini digunakan juga untuk rujukan tambahan
image

Minum teh herba pudina sebelum tidur boleh melegakan kekejangan otot, membantu tidur dengan selesa dan mewujudkan aliran hempedu yang lebih baik, penting untuk pencernaan lemak. Menthol dalam pudina sangat berkesan untuk menipiskan mukus dan memecah kahak dan boleh membantu melegakan kesakitan. Teh pudina sering disyorkan sebagai rawatan untuk demam.

image

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik yang berkaitan dengan asid perut yang berlebihan seperti refluks asid dan ulser tidak digalakkan minum teh pudina.

Rendam beberapa helai daun pudina yang matang ke dalam secawan air panas selama 3 hingga 5 minit dan minum ketika suam. Kalau nak maniskan teh ini masukkan sedikit madu.