Khasiat biji labu (Pumpkin seeds)

Baru saja lepas minum air pegaga yang dicampur dengan madu. Alhamdulillah sangat selesa…..
Entri semalam tentang biji labu dan prostat. Hari ni nak sambung sedikit lagi tentang khasiat biji labu untuk kesihatan badan.

image
(Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutein)

Biji labu dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut serta kesihatan mata. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.

Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol lipoprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

Hmm….Bagus juga biji labu mentah ni saya jadikan makanan snek ketika menonton tv!

Biji labu (Pumpkin seeds) dan Prostat

Bagi kaum lelaki pertengahan umur, jika terasa sakit semasa buang air kecil atau sukar dan terlalu kerap, ini boleh menjadi tanda bahawa berkemungkinan mendapat pembesaran kelenjar prostat. Apakah punca prostat membesar?

Prostat membesar disebabkan oleh peningkatan bilangan sel-sel (hiperplasia).Ia juga disebabkan pelbagai faktor termasuk ketidakseimbangan hormon.Walaupun ia tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia boleh menyebabkan masalah. Bila prostat bertambah besar, pengaliran air kencing boleh terhalang.Jika halangan ini menjadi serius, ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Biasanya ubat akan diberi bagi mengurangkan bengkak. pembedahan mungkin diperlukan jika ubat yang di beri tidak memberi kesan.

Ramai sukar percaya bahawa biji labu dapat memberi kesan yang terbaik terhadap kesihatan prostat.

image

Biji labu mengandungi phytosterols, yang boleh membantu mengecutkan prostat. Ia seringkali digunakan untuk merawat peringkat awal pembesaran kelenjar prostat atau BPH (Benign pristatic hypertrophy), ini disarankan oleh jabatan kesihatan Jerman.

Biji labu ini adalah efektif untuk melegakan simptom BPH seperti kesukaran untuk buang air kecil.

image
Salah satu buku rujukan saya.

Menurut BARTRAM’S ENCYCLOPEDIA OF HERBAL MEDICINE;
Cara menggunakan biji labu adalah seperti berikut iaitu rendam 2-3 tsp biji labu selama 10 minit, guna sebagai minuman tonik untuk lelaki atau kunyah setiap hari.