Sakit atau Stress?

Mengapa sukar bernafas
Mengapa badan rasa letih
Mengapa sakit kepala
Mengapa sukar tidur
Mengapa mudah marah
Mengapa kitaran haid tidak teratur
Mengapa tekanan darah tinggi
Mengapa ketagihan makanan manis
Mengapa ketagihan kafein
Mengapa perut ulser
Mengapa pengurangan dalam tahap testoteron pada lelaki
Mengapa rambut gugur
Mengapa degupan jantung kencang

Sebab banyak memikir
Sebab sering rungsing
Sebab memandu dalam trafik
Sebab hilang pekerjaan
Sebab masalah hutang
Sebab masalah kewangan
Sebab masalah anak2
Sebab masalah dengan isteri
Sebab masalah dengan suami
Sebab tekanan di tempat kerja
Sebab memikul tugas yang besar

Bila minda dan badan sentiasa dalam tekanan yang berlebihan, seorang individu itu akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Tekanan yang kronik tidak harus di pandang ringan atau diterima sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia akan menggangu keseimbangan semulajadi pada tubuh.

Benarkan sering dalam stress akan mengundang penyakit?

Setujukah jika dikatakan sering berfikiran negatif boleh meragut kebahagian? Mampu kah mengecapi kebahagian jika tidak bijak mengawal emosi?

Rehatlah badan, carilah ketenangan dan ubahlah gaya hidup. Terdapat pelbagai teknik pengurusan stress yang boleh membantu, lebih baik dan penting daripada ubat2 yang diambil yang kadang2 akan memberi kesan sampingan yang lebih memudharatkan lagi kesihatan badan dan minda.

image
Akar valerian sangat baik bagi orang yang menghadapi stress kerana ia meredakan badan, memberi ketenangan dan melegakan perasaan bimbang. Herba ini mempunyai ciri2 tranquilizing ringan dan memberi kesan yang lembut terhadap badan.

image
Kava kava adalah herba yang sangat popular bagi merawat keresahan dan insomnia. Ia bertindak sebagai sedatif. Pilihan yang lebih kuat jika akar valerian tidak berkesan.

Ketenangan hati dan kedamaian hidup yang abadi moga milik kita semua hingga ke hujung hayat……

Khasiat Koko

Semalam saya masak puding, oleh kerana terlupa nak masukkan susu pekat kedalam puding jadi terpaksa le saya buat sos coklat, hahaha. Tapi bagus jugaklah terlupa pada susu pekat ni sebab dia membuat saya teringat kepada si koko. Bercakap perihal koko ni, rupanya si koko ni memberi banyak khasiat pada kita. Patut le bila sesetengah orang stress, mereka suka makan chocolate, dikatakan boleh menghilangkan stress tapi bagi saya boleh menambahkan stress sebab ia menambahkan berat badan. kalau nak hilangkan stress beli koko powder dan buat minuman and maniskan dengan madu. InsyaAllah boleh hilangkan stress.

image

Kandungan flavonoid yang tinggi didalam koko khususnya epicatechin, mungkin memberi kesan yang sangat berfaedah terhadap kardiovaskular. Satu lagi faedah koko dikatakan ia mampu membantu dalam mengurangkan ancaman kencing manis dan kolesterol.

Kajian mendapati koko mungkin berguna merawat penyakit yang melibatkan gangguan saraf tridgeminal termasuk migrain dan gangguan temporomandibular sendi sebab kajian mendapati Koko mengandungi ramuan aktif secara biologi melegakan saraf mudah terangsang. Kandungan anti radang dalam koko, polyphenols menghalang enzim tertentu ke usus kecil yang menyebabkan keradangan/ inflammation dan didapati flavonoid dalam koko boleh merendahkan tekanan darah yang mungkin membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.. Diet yang kaya dengan koko boleh mengurangkan risiko kanser kolon.

Kajian terhadap 30 orang dewasa yang sihat mendapati, makan kira2 1 auns coklat gelap boleh mengurangkan tahap ‘stress hormones’.
Coklat gelap/ dark chocolate kaya dengan epicatechin, antioksidan bermanfaat menguatkan membran dan menawarkan perlindungan daripada beberapa bentuk penyakit kardiovaskular dan dikatakan Polyphenol boleh mencegah darah beku pada platelet darah.

RESEPI PUDING KURMA DAN KACANG ALMOND

image

Saya kisar 3/4 cawan kacang almond (jangan halus sangat)

image

1 cawan susu sejat penuh krim + 5 biji telur + 11 biji kurma + 1 tbsp tepung jagung + 3 tbsp butter dan sedikit garam. Kisar bagi sebati.
kemudian baru masukkan almond dan kisar lagi untuk beberapa saat je supaya adunan sebati lagi.
image

Sapu butter pada mangkuk, tuang adunan dan kukus selama 50 minit.
kalau nak kurangkan masa kukus kena guna mangkuk yang leper

image
Dah masak. Makan bersama sos koko
(bila tak masukkan susu pekat, puding ni sangat berkhasiat, sebab boleh makan dengan madu.)

image
Sos koko. 3 tbsp koko powder + 4tbsp susu sejat penuh krim di kacau rata dan masukkan 1 cawan susu pekat + 4tbsp butter dan secubit garam. Masak atas api yang sederhana dan kacau selalu. Bila sejuk tuang atas puding.
Dessert untuk berbuka puasa.
SELERA RAMADAN

Ada satu rahsia nak beritahu, sshh…’ jangan berbaik2 sangat dengan manis sebab manis tu best friend penyakit’