Sambal Tumis Udang Cilantro

Assalamualaikum

Menu hari ini ialah Sambal Tumis Udang Cilantro. Seperti biasa, setiap kali saya masak sambal tumis saya akan ikut resipi kegemaran saya iaitu Sambal Tumis Bawang dan untuk memberi kelainan rasa pada masakan ini saya masukkan daun ketumbar.

Saya suka masukkan daun ketumbar/cilantro ke dalam masakan. Selain ia mampu memberi satu rasa yang unik, daun ketumbar juga membuat rasa masakan menjadi sedap.

image

Bahan-bahan:

1) 120g bawang merah dihiris nipis
2) 15g bawang putih dihiris nipis
3) 18tangkai cili kering (cili kering ini tidak berapa pedas) dipotong, bersihkan dan buang biji. Rendam air panas selama 10 minit dan toskan. Kisar dengan 1 cawan air sehingga lumat
4) 15g gula melaka
5) 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
6) 1 keping asam gelugur
7) Garam secukup rasa.
8) 1/2 cawan minyak. Saya guna banyak minyak untuk masak sambal tumis
9) 12 ekor udang besar
10) 25g daun ketumbar/cilantro dihiris 2cm

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga kuning
2) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masak sehingga cili bertukar warna merah tua dan pekat.
4) Masukkan udang dan daun ketumbar. Kacau sekejap sehingga udang masak
5) Akhir sekali bolehlah senduk buang lebihan minyak.

Selamat mencuba.

Udang Lada Hitam

Assalamualaikum

Hari ini jamu anak berbuka puasa dengan masakan udang yang digemarinya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 13 ekor udang besar, buang kulit dan urat hitam
2) 1 sudu teh serbuk kasar cili kering
3) 1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) 5 helai daun limau purut dihiris
6) 2 sudu makan air asam jawa
7) Garam secukup rasa
8) 6 ulas bawang putih diketuk dan dicincang

Cara:

1) Masukkan semua bahan 1~7 ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata dan perap selama 20 minit
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan udang yang diperap, besarkan api dan goreng sehingga udang masak.

Selamat mencuba..

Udang Goreng Lada Putih

Assalamualaikum.

Entri untuk kali ini adalah untuk mereka yang gemar makan udang 😀

Jom cuba..
image

Bahan-bahan:
1) 6 ekor udang besar. Buang kepala dan urat hitam
2) 1/2 sudu teh serbuk lada putih
3) 1/4 sudu teh serbuk halia
4) 1/4 sudu teh serbuk kunyit
5) 2 sudu teh serbuk cili kering
6) Garam secukup rasa
7) 3 ulas bawang putih dicincang
8) 4 sudu besar minyak

Cara:

1) Satukan udang, serbuk lada putih, serbuk halia, serbuk kunyit, serbuk cili kering dan garam. Gaul sehingga rata. Perapkan selama 15 minit
2) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan udang yang diperap dan goreng sehingga masak.

Selamat menjamu selera..