Udang Sos Tiram

Malam ni nak kongsi resipi yang simple-simple je tapi sedap 😀

Jom cuba!
image

Bahan-bahan:

12 ekor udang saiz sederhana, urat hitam dibuang
3 sudu besar minyak
3 sudu besar mentega
1 labu bawang besar dipotong bulat
5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3 biji lada merah dibelah dua, buang biji dan dihiris
3 biji cili padi dihiris nipis
1 sudu teh serbuk ikan bilis
1 sudu besar penuh sos tiram
Garam

Cara:

1) Panaskan minyak dan masukkan mentega
2) Tumis bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi. Goreng sehingga bawang putih kekuningan
3) Masukkan serbuk ikan bilis. Kacau sehingga rata
4) Besarkan api, masukkan sos tiram. Gaul rata
5) Akhir sekali masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga udang masak.

Udang Berempah Kurma

Assalamualaikum..

Resipi hari ini adalah Udang Berempah Kurma.

Selamat mencuba 😀

image

Bahan-bahan:

8 ekor udang besar, kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang
4 biji buah pelaga
4cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar dipotong kiub kecil
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 tangkai cili kering dipotong dan buang biji
2 sudu besar rempah kurma dicampur dengan sedikit air
1/3 cawan susu sejat (ideal milk)
Minyak untuk menumis

Cara:

1) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit jayu manis sehingga bawang kelihatan kuning.
2) Masukkan cili kering dan goreng sekejap. Kemudian masukkan rempah kurma dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap
4) Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering
5) Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan masak.

Kari Udang Buah Keras

Assalamualaikum
Apa khabar semua..?
Sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk sehinggakan jarang dapat meng-update-kan blog kerana kekangan masa.
Walaubagaimanapun, hari ini saya berkesempatan luangkan sedikit masa berkongsi resipi mudah tapi sedap…

Jom cuba

image

Bahan-bahan:

1) 8 ekor udang besar, bersihkan dan buang urat hitam. Kulit kekalkan
2) 3 sudu besar rempah kari ikan Adabi
3) 7 biji buah keras
4) 1 sudu teh halba campur
5) 2 labu bawang besar saiz kecil dibelah 10
6) 2 ulas bawang putih
7) 5 tangkai cili kering. Hiris buang biji
7) 1/2 cawan air
8) Minyak untuk menumis
9) Garam

Cara:

1) Kisar buah keras dengan sedikit air sehingga lumat
2) Campur rempah kari dan buah keras kisar. Kacau sehingga rata
3) Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan halba campur. Goreng sehingga bawang putih kekuningan
4) Masukkan campuran rempah kari dan masak sehingga terbit minyak
5) Masukkan 1/2 cawan air dan garam. Masak sehingga mendidih, masukkan udang.