Assalamualaikum

Sudah rancang ke, masakan apa untuk makan tengahari nanti?
Untuk entri ini saya kongsi resipi Opor Sotong. Tapi kalau tak suka sotong, boleh juga ganti dengan udang, mungkin lebih sedap šŸ™‚

Jom cuba..

image

Bahan-bahan:

12 ekor sotong sederhana besar. Cuci dan buang kulit
6 sudu makan/sudu besar (tbsp) minyak masak
2 helai daun limau purut dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan kotak kara
1 sudu makan kerisik
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu teh (tsp) serbuk kunyit
2 sudu makan/sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

100g bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
15 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas selama 5 minit, toskan

Cara:

1) Satukan bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata
2) Panaskan minyak
3) Tumis bahan campuran bahan kisar bersama lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga terbit minyak
4) Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh sehingga kuah hampir pekat.
6) Akhir sekali masukkan sotong dan garam secukup rasa
7) Masak sotong sekejap sahaja. Lama diatas api akan membuat sotong menjadi liat dan keras.

4 thoughts on “Opor Sotong

  1. Hari ini saya tak masak, cuma panaskan rendang yang dibuat kelmarin. Macam-macam cara buat opor ye Zanita, lama sangat saya tak merasa opor… selalunya opor ayam, sotong ponya opor belum lagi.

Leave a comment