Durian, buah kegemaran ku.

Semalam saya tiba2 rasa teringin sangat nak makan durian. Suami dan anak lelaki keluar ke pasar malam, beli 2 biji buah yang besar.

Kalau nak beli durian, mesti kena pastikan tidak ada tebuk kehitaman walaupun kecil…. yang dibeli semalam memang terdapat.. Suami saya enggan menerima tetapi penjual durian ni terlalu yakin yang buah duriannya elok. Oleh kerana tiada gerai lain menjual,  suami saya pun beli jugak lah. Dalam benaknya, durian ni tak mungkin elok..

Memang sah durian tak elok langsung. Biasanya kami biarkan je, tidak sampai hati nak tukar yang lain tapi kali ni tidak, sebab dah beritahu pada penjual durian tu yang buahnya tu dah rosak walaupun tebuk kehitaman kecil saja. Dia tetap berkeras juga, yang buah duriannya elok. Nah….terdiam dia. Dapat le tukar dua biji buah durian tu tapi satu tak elok jugak. Buat keputusan jadikan tempoyak. Hmm mahal jugak tempoyak ni.

image
( Nampak sungguh menarik durian ni.)

image
( Bakal menjadi tempoyak. Mak mertua pesan bila nak buat tempoyak kena masukkan sedikit garam.)

Tidak disangka2 teman baik saya telepon minta saya bukakan gate rumah. Masa tu saya baru lepas makan durian. Subhanallah, dia bagi buah durian. Mertua dia baru tiba dari kampung dan dia sememangnya tahu saya ni suka sangat makan durian. Buah durian mertuanya sangat bagus dan sedap pulak tu.

Alhamdulillah. Inilah dikatakan rezeki datang bergolek. Bila Allah tentukan kita sesuatu yang baik walaupun pada awalnya kita mendapat yang tidak, yang baik tetap milik kita jua…

Jangan sia-siakan masa.

Kita tidak akan mampu menolak masa. Ia terus berjalan tanpa henti. Masa yang berlalu tidak akan dapat diundur kembali, sesungguhnya masa itu amat berharga bagi kehidupan.

Firman Allah dalam surah al- Asr ayat 1-3
Maksudnya:

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Oleh sebab pentingnya masa, Nabi s.a.w. bersabda,
Maksudnya:

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; Mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum papamu, hidupmu sebelum matimu, masa lapang sebelum kamu sibuk.
( Riwayat al- Hakim )

Khasiat Habbatus sauda yang luarbiasa.

Setiap kali saya ke Mekah, tidak pernah saya, bila pulang ke tanahair tanpa dengan Habbatus Sauda. Saya tak pernah makan, beli untuk diberi pada keluarga dan teman2 sehinggalah saya terbaca sebuah hadis yang di riwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud;

Dari Aisyah ra., beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Al Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam “. Aku bertanya, ” Apa kah Al-Sam itu? Baginda menjawab, ” “Al-sam itu ialah maut”

Habbatus Sauda membantu merawat asma, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit2 otot dan sendi, mengurangkan kolesterol, meningkatkan kadar imunisasi(daya melawan penyakit), antihistamine, antitumor, antiradang dan banyak lagi.

image
Ramai kawan2 kata, mereka tak tahan dengan rasa habbatus sauda ni.
Bagi saya alah bisa tegal biasa. Apabila dah biasa lama2 tiada terasa lagi kesukaran mengambilnya.

image
Minum dua sudu teh sehari. Boleh juga dijadikan sebagai minyak urut.

image
Banyak informasi tentang khasiat habatussaudah terdapat dalam buku ini

Ibnu Sina didalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda…merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan
semangat. Ternyata ini ada kebenarannya kerana saya dapat merasakan setiap kali selepas mengambil Habbatus Sauda. Kini terdapat dipasaran minyak Habbatus Sauda, dalam bentuk kapsul.

Habbatus Sauda boleh mengeluar toxin di dalam badan. Seperti yang di ketahui, badan akan berasa sakit dan sengal2 bila toxin keluar dari tubuh. Walaubagaimana pun itu untuk beberapa hari sahaja. InsyaAllah selepas itu badan akan berasa segar. Bagi yang menghidap penyakit2 yang berat atau kronik, memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Kita sedia maklum, bahawa penyakit berpunca dari makanan, seperti mengambil gula, garam, minyak, serbuk perasa dan lain2 lagi secara berlebihan. Kita kena bijak mengatur cara pemakanan yang sihat disamping beriadah selalu. Orang yang menjaga kesihatan tidak akan sama dengan orang yang mengabaikannya. Yang pasti, nak sihat kenalah berusaha kearah itu.

Yakinlah pada hadis Nabi s.a.w. Kerana semua itu datang dari Allah Subhanahuwataala…..Setiap yang baik dari Allah, yang buruk adalah kesilapan diri sendiri.