Khasiat Rosella.

Manfaat bunga Rosella secara traditional boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi (menstabilkan tekanan darah), kolesterol, batuk, panas dalam, jantung, juga melancarkan peredaran darah, melancarkan kencing dan juga buang air besar.

image

(Dikatakan baik untuk insomnia)

image

(saya suka minuman ini, tidaklah rasa masam sangat. Masukkan 2 kuntum kedalam 1 cawan air panas, tutup cawan dan biarkan selama 5 minit. Kalau suka manis, masuk kan madu ketika air suam.(cubalah elak atau kurangkan pengambilan gula, kerana kesannya tidak baik untuk kesihatan badan.)

Minuman ini dikatakan sebagai tonik yang menyegarkan.  Mengontrol berat badan (bagus jugak ni, kalau tak boleh slim sekurang2nya boleh maintain!! )dan memperbaiki pencernaan. Ada mengatakan boleh cerahkan kulit ( boleh percaya ke?? )

Lupa?

Mengapa jadi lupa? Adakah kerana faktor usia? Penyakit? Kenapa ye? Adakah kerana kurang zat makanan dalam tubuh badan? Adakah stres penyebabnya? Ada yang menyatakan dukacita juga memainkan peranan. Benarkah makan makanan masam boleh membuat orang jadi pelupa? Hmm… Apakah jawapannya?

Ramai yang percaya zat makanan sangat penting bagi kesihatan otak. Tapi bagaimana pula dengan kadar oksigen dalam darah yang mengalir ke otak kita? Adakah oksigen memainkan peranan yang sangat penting untuk minda?

Menurut buku yang saya baca (kira2 20 tahun yang lalu) teknik pernafasan yang betul boleh meningkatkan kadar oksigen di dalam darah. Perhatikan bagaimana kita bernafas. Adakah cara pernafasan kita pendek (short breathing) Sekarang tahun 2012, banyak buku2 mengajar teknik2 pernafasan bagi menguatkan daya ingatan. Saya masih lagi mengikut teknik yang lama..haha…( hai maklum le orang lama!).

Bagaimana saya lakukan? emm..perlu melakukan deep breathing.
Saya tarik nafas melalui hidung perlahan2 selama 10 saat, kemudian saya tahan nafas selama 10 saat dan saya keluarkan nafas,melalui mulut perlahan2 selama 15 saat. Saya ulang sebanyak 3 kali.(kadang2 akan menyebabkan pening bagi sesetengah orang ” sudden surge of oxygen “) buat tiga kali sehari. Kemudian tingkatkan masa dari 10 saat ke 12 saat sedikit demi sedikit. Selepas Seminggu atau dua, saya akan uji memori, dengan menghafal 40 perkataan dan lihat berapa perkataan kah yang mampu saya ingat. Pengalaman saya, Alhamdulillah walau pun tak semua tetapi hampir2 kepada 40 perkataan.( pada pandangan saya sangat baik dilatih pada anak2 terutama yang dibangku sekolah ). Teknik of deep breathing ini lebih kerap dilakukan lebih berkesan, InsyaAllah.

Menurut seorang saintis Jepun yang telah melakukan kajian selama hampir 20 tahun ( ni pun orang lama ) mengenai otak/minda, sering melakukan simple calculation (matematik sekolah rendah) dengan cepat dan membaca dengan suara yang kuat (seperti kita dok mengaji quran) boleh meningkat daya ingatan. ini kerana melakukan simple caculation dapat menggerak sel2 otak dengan lebih banyak daripada memfokus kepada satu masalah matematik yang kompleks.

Adakah teknik2 diatas tu berkesan, kenalah cuba dan baru lah boleh kita nilaikan sendiri. Lagipun tidak ada apa2 yang rugi jika kita mencuba!!!

Bubur Nasi.

Semalam saya masak bubur nasi kegemaran anak lelaki saya dan suami.

image

2 batang serai, 4 ulas bawang putih, 1/2 sudu makan halba, halia 1 inci dan lada sulah.

image
2 keping fish fillet di potong kiub

image
1 lobak merah

image
Bila nasi dah hampir kembang, saya masuk semua bahan diatas dan 1 sudu makan goji. Garam secukup rasa.

image

4 labu bawang besar yang dihiris nipis dan diperap dengan 1 sudu makan cuka epal (kalau suka rasa masam lebih sikit, tambah 1 sudu lagi) selama 10 minit dan masukkan secubit garam. Goreng macam biasa.

Anak saya kata ” i like it so much “. Rasanya saya senyum sampai ke telinga. Hahaha…. Bestnya bila masakan kita dipuji!