Inilah resepi ibu saya yang paling mudah dan simple. Saya sekeluarga sangat suka dengan masakan ini.
Bahannya cuma ayam, lemon atau limau nipis, cili padi dan garam secukupnya. Itu saja!
Rebus ayam ( paras air cukup untuk menutupi ayam ) sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 30 minit. Kemudian padamkan api, baru masuk jus lemon, garam dan cili.
Saya masukkan jus 3/4 biji lemonย (terpulang, kalau suka lebih masam bolehlah tambah lagi jus lemon). Masukkan cili padi yang dipotong kasar.
Bila anak minta saya masakkan ayam lemon, hooray! jimat tenaga saya didapur….. terutama di bulan ramadhan. Makan di waktu sahur sangat menyelerakan bagi kami sekeluarga.
Hye!dah try!mmg simple tp sedap.
simplenyerr…nak buat gak…ini masakan org rajin..sesuai utk saya..trima kasih..saya ambik resepi yaa.. ๐
Wow sangat simple cara memasaknya.
Betul tu Kak N. ๐
assalam, memang nampak simple dan menyelerakan…bolih masak utk bulan posa nanti nih..
WaalaikumusSalam. slmt mencuba. ๐
namapk berminyak tu sbb lemak ayam ka??
Saya guna ayam kampung dan kulit ayam dibuang. Walaupun begitu masih ada lemak tp tidaklah banyak. Sup ayam ni pun tidak sepatutnya kuning, sb tu nampak berminyak. Mungkin cahaya lampu menyebabkan gambar nmpk macam tu. ๐
mesti harum baunyer dan sedap…terima kasih perkongsian…
jemput singgah blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/
Terima kasih Dila kerana sudi singgah ke sini. InshaaAllah akan ke sana…